Khamis, 17 Januari 2013

Hospital Jasin, Melaka & jalan2 .... 12 Jan. 2013 (Sabtu)

 Melawat kak ipar di Hospital Jasin, Melaka 12 Januari 2013 (Sabtu)
Tidak disangka-sangka "nenek" pun ada ...hanya dipisahkan sebelah dinding je (kes terlebih makan ubat)
 
 Selesai je melawat kakak ipar terus ke Bandar Hilir Melaka ....
 
 Danial... nak jadi askar kejap..
 Happy!Happy!....
 
 Ambil kesempatan naik beca (RM20 untuk 1 pusingan.... kira oklah...)

Selasa, 8 Januari 2013

Majlis Ringkas - Hari Jadi Bonda Hajjah Alimah bte Haji Belaji yang ke-63 Tahun - 8 Januari 2013

 
 Cheese Cake with Edible Image



 Selamat Hari Jadi .......

8 Januari 2013 umur bondaku Hajjah Alimah bte Haji Belaji genap 63 tahun. Anakanda doakan semoga bonda dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sentiasa .....

Jumaat, 4 Januari 2013

Majlis Ringkas - Hari Jadi me & driver di Pejabat MAHB - 3 Jan. 2012

 Dua biji kek nie hadiah dari my boss, Chairman Malaysia Airports Holdings Berhad - YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.... Satu untuk saya ....satu untuk driver - En Hazim. Kebetulan tarikh lahir antara rina dengan driver hanya beza sehari sahaja.
Yes!!!! potong kek...
 Ha! nie lah dia orangnya driver my boss - En Hazim.
 Kat Pejabat MAHB bersama-sama rakan-rakan sediada di pejabat - Rozie, Nadia, Kelly & Fazilah...
 Kali nie ada 3 biji kek, 2 dari Tan Sri dan sebiji lagi dari akak tersayang - Kak Kathy dari Adam Travel.
 Nyum...nyum...nyum..memang sedap .... Terima kasih semua coz sudi meraikannya..


Majlis Ringkas Hari Jadi saya ....

 Cotton Soft Japanese Cheese with Edible Image

 Terima kasih kat my family coz sudi meraikan Hari Jadi saya yang ke-40....Ha3 dah tua da..... tetapi alhamdulillah..tua pun tua lah dah lumrah. Mana ada orang yang umurnya tak meningkat kan ... Dalam usia 40 tahun memang banyak ranjau dan duri yang ditempoh, namun rina bersyukur segalanya dapat dilalui dengan tabah...

 Thanks my hubby .... nie request dari anak2 minta papanya menyuap si mama.... Jangan  jealous
pulak ya khas untuk insan yang cuba ambil kesempatan di atas kebaikan my hubby yang seorang happy go lucky, ringan tulang, suka mendengar permasalahan orang senang cerita kira pendengar setialah....jagalah diri supaya tidak digelar ......... (fikir sendirilah). Kalau tak boleh berfikir banyakkan berzikir..carilah keredhaan dari Allah sw.t. Maaf kalau terasa hati ... Dengan jujur saya katakan I LOVE MY HUBBY & MY FAMILY so much ......
Keluargaku .... Syurgaku ...... sayang semuanya.............
Mohd Rozi (my hubby), Hjh Alimah (bonda), Yatim (ayahanda), Firdaus (anak sulung), Fairus (anak kedua), Farriez Danial (anak ketiga), Farisya /Syasya (bongsu), Nurul (menantu) & Nina ...my cucu...

Sesi Persekolahan 2013 bermula ...

 
Sesi Persekolahan Tahun 2013 bermula. Muhd Farriez Danial & Nurfarisya Sofea bersiap-sedia untuk ke sekolah sesi pagi ..... . Balik dari sekolah si Farriez Danial maklumkan beliau dilantik menjadi Ketua Kelas pulak .....katanya ramai rakan sekelas pilih beliau. Ummmm.....

 Tahun nie Muhd Farriez Danial dilantik menjadi Pengawas Sekolah Rendah Agama Kg Baru, Semenyih ... Tahniah!!! Danial..

Syasya pun apa kurangkanya...untuk sesi sekolah petang, Syasya pulak dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber, Sek. Keb. Ulu Semenyih.. Tahniah Syasya.

Tahun nie 3 orang anak Rina bersekolah tapi untuk gambar abangnya di Form 4, Sek. Men. Engku Hussin tak sempat nak snap!!! Untuk Muhd. Fairus Shahmir diucapkan tahniah di atas pelantikan menjadi Penolong Ketua Kelas. Semoga anak2 mama dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan.