Ahad, 21 April 2013

Majlis Hari Jadi Nur Amanina & Doa Selamat 21 April 2013




Happy Birthday to Nina. Kek Barbie dengan dua jenis kek. Sebelah bawah kek butter n belah atas kek oreo. Kek disalut dgn buttercream.... 20 April 2013
  Apam Polkadot & Cuppies Oreo ..... from me!!!!
 
 Nina dapat hadiah dari atok, umi, Danial & Syasya ...


 Berposing dengan basikal baru
Hadiah - Patung dengan beg berpatung ...
 Happy Birthday Nina ....
 
Antara tetamu yang hadir ...
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .....

Sabtu, 20 April 2013

Cupcake Red Velvet with Cream Cheese & Cupcake Oreo


 Cupcake Red Velvet with Cream Cheese


Cupcake Oreo with buttercream

Terima kasih Wina. Harap kakak Wina berpuashati dengan cupcake red velvet dan cupcake oreo. Cupcake oreo tu kat dalam tu aunty letak sebiji lagi biskut oreo .... memang kaya dengan oreo - 20 April 2013 (Sabtu)
 Alhamdulillah....keesokkan harinya Wina maklum kakaknya berpuashati ...

Khamis, 18 April 2013

Parfum - Davidoff - Sensual Essence

Terima kasih to my hubby coz hadiahkan parfum. Sememangnya parfum yg dok ada sekarang nie dah hujung-hujung nyawa. Terniat dihati konon-kononnya nak beli kat Airport KLIA coz untuk staff MAHB, we all memang dapat diskaun... Tapi dah dapat yg free emmmmm nampaknya kena batalkan niat nak ke Airport KLIA....

Sabtu, 13 April 2013

Perlawanan Bola Sepak di antara N. Sembilan dan LIONS XII


Meluangkan masa menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Di Antara N. Sembilan dan Lions XII - with my hubby, my son - Danial, my sweet daughter - Syasya & my hubby kat Stadium Paroi, N. Sembilan. Di akhir perlawanan keputusan seri satu sama .....

Kek Hari Jadi (Vanilla Butter Cake with topping buttercream)


 
 
 
 
 
 

Tempahan Kek Harijadi dari Pn Zarina (Vanilla Butter Cake - buttercream). Siap deco dengan patung Spiderman, tepi kek dihiasi dengan coklat & ditampal dengan kertas edible image Harap berpuashati 13 April 2013. 

Ole-ole dari Kak Simah, BPMB

 Nasi Kerabu special dari Kak Simah.... 1 untuk Rina dan 1 lagi utk boss...
Balasan dari Rina untuk Kak Simah (Kek Karamel)


Rabu, 10 April 2013

Vanilla Butter Cake

Terpanggil nak buat kek nie coz ada customer yang request. Nie first time mencuba dan membuat  "Vanilla Butter Cake" tanpa sebarang decoration. Hasilnya ... memang memuaskan. Tidak rugi mencuba resepi nie. Jadi untuk customer yang request tu in sya Allah, saya akan tunaikan hajat tu ....

Isnin, 8 April 2013

SOUFFLE CUP & KOTAK CUPCAKE

Souffle Cup Saiz 2 oz (S) ataupun Saiz 2.5 oz (M)

Kotak Cupcake

Untuk makluman pelanggan Lovely D'Cakes, pihak kami hanya menggunakan souffle cup untuk semua cupcake yang ditempah...bukan Cupcake Paperl Liner ya...

Cupcake Oreo Togel ......

Projek weekend - 7 April 2013 - Cupcake Biskut Oreo tapi togel hanya untuk makan-makan sahaja. Request dari anak - Syasya coz katanya dia ada bagitau kat ustazah weekend nie mama nak buat cupcake oreo & ustazah ada minta katanya .... So kalau tak buat takut si Syasya berkecil hati ... jadi dengan meringankan tangan jadilah Cupcake Oreo togel (tanpa topping).

Jam tangan baru woooooo

Terima kasih ..... my hubby coz hadiahkan jam tangan. Bila tengok kotak jam sebelum nie (jam yang selalu gune) rupa-rupanya tu tahun 2010. Emmm...dah agak lama tapi masih elok .... memang tak pernah buat ragam. Jadi kali nie pun brand yang sama ... cuma bentuk je berlainan. Baru bercadang nak beli yang cap ayam je ... nampak design cantik2 tapi bila my hubby dah belikan yg orginal & ada warranty lagi ... terpaksalah batalkan niat tu. Kalau tak pakai yang baru nie ... apa pulak dia cakap .... anywhere thanks a lot ... umppphhh I LOVE YOU my hubby.....

Selasa, 2 April 2013

Bonus Staff MAHB 2012 !!!!

Alhamdulillah ...... walaupun tak sampai setahun berkhidmat di MAHB, dapat jugak bonus. Nie yang dikatakan rezeki terpijak ... Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan atasan MAHB especially my boss YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi MAHB. Kepada sesiapa yang ingin mencurahkan bakti kepada MAHB, peluang pekerjaan sentiasa terbentang luas. Apatah lagi KLIA2 akan dibuka .... Jawatan kosong memang sentiasa ada. Kalau berminat bolehlah ke http://impact-my.jobstreet.com/jobs/jobs.asp?eid=3297788&fil=1