Rabu, 26 Jun 2013

Happy Birthday Danial ....

 Kek Span Pandan disalut dengan Fresh Cream. Tapi deco kurang menyerlah sikit sebab ada sifat M masa tu ....
Majlis ringkas untuk sambut Hari Jadi my son "Muhammad Farriez Danial bin Mohd Rozi" yang ke-11. Mama doakan semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sentiasa. Juga semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan diakhirat kelak ....Mama sayang Danial ... umpphhh

Tart Jepun & Blueberry Cheese Tart

 200 biji Tart Jepun dengan filling strawberry & coklat ....

50 biji  Blueberry Cheese Tart

Terima kasih Cik Wina coz sudi menempah Tart Jepun & Blueberry Cheese Tart. Harap berpuashati - 21 Jun 2013

Selasa, 18 Jun 2013

Selamat Hari Bapa - 16 Jun 2013

 

 Kek Span (tepung optima) bersalut Fresh Cream. Yum..yum..yum.

Atok Yatim, My Hubby - Rozi & My Son - Firdaus
Untuk mengenang jasa-jasa seorang lelaki yang bergelar BAPA .... "SELAMAT HARI BAPA" We Love You All"....

Rabu, 5 Jun 2013

Cuti-Cuti .... ke Kuala Terengganu 31 Mei - 2 Jun 2013

Percutian tanpa dirancang ..... semua ok ... ON. Kami bertolak dari rumah pada 31 Mei 2013 (Jumaat) dalam jam 12.30 tengahari dan sampai ke Kuala Terengganu hampir jam 8.00 malam.
Memandangkan Hotel Seri Hoover adalah yang terdekat dengan bandar dan masih ada kekosongan .. jadi itulah pilihan kami.....


Antara tempat yang kami kunjung adalah Masjid Kristal ....
Selepas pergi Masjid Kristal ... tempat seterusnya ke Water Front ... Kat situ kami makan malam ....
Replika Batu Bersurat di Bulatan Ladang Kuala Terengganu


Sabtu pagi ... kami singgah ke Pasar Payang .. kat sana ada pelbagai jenis barangan yang dijual ....

Nie ... adalah di antara barang-barang yang sempat dibeli.
Permandangan yang indah .......
Loving Couple ..... harapan akan kekal hingga ke akhir hayat. Apa jua dugaan mendatang akan ditempoh ... Semoga Allah s.w.t. melindungi kami sekeluarga ... Sorry ter emo sikit ....
Nie pulak sotong goreng tepung yang ranggup sangat bersama keropok lekor di salah satu gerai di Pantai Batu Buruk
Lepas makan ... husband & anak2 main layang-layang. Seronok tengok anak2 bergembira ....
 Last day kat Terengganu.. Sebelum bertolak sekali lagi kami singgah ke Pasar Payang untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ....