Jumaat, 31 Januari 2014

Masa begitu pantas...kini Si Adam...cucu kedua Ku telahpun berusia 2 bulan..."Syasya n Adam"

Red Velvet Brownies

Memandangkan my hubby tak jadi balik kampung sempena Hari Raya Cina yg jatuh hari nie 31 Jan (disebabkan tugas).... kepala otak nie mulalah ingin mencuba resepi yang ada. Lebih-lebih lagi bila tengok FB member yg sering menerima tempahan Red Velvet Cheese Brownies...
Ha! nie hasilnya. Memang sedap terutama pengemar cheese...seperti Syasya nie...he3. Terima kasih kepada Cik Google...

Khamis, 30 Januari 2014

Roti oh Roti .....


Projek membuat roti pulak dengan bantuan my mom and my daughter - Syasya. Alhamdulillah menjadi setelah menghadiri Kelas Roti di Mama's Choice. Tq Chef Shufri...

Isnin, 27 Januari 2014

Kelas Roti - Mama's Choice - 25 Januari 2014



Kelas Roti di Mama's Choice bersama Chef Shufri. Alhamdulillah nie kali-2 Rina menghadiri Kelas Roti tapi kali nie semuanya secara manual tanpa guna mesin melainkan oven je... memang puashati..

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKUS 1435H - 24 Januari 2014

Tahniah Syasya!!!! Love you sayang ..... Teruskan usaha ....

Jumaat, 24 Januari 2014

Snow Cheese Cake


Sebagai mengingatkan Hari Jadi "Pn Kelly" pada 17 Januari yang lalu dengan ikhlas rina hulurkan "Snow Cheese Cake" sebagai tanda mengingati hari jadi beliau. Walaupun lambat tapi masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga tahun nie memberi 1001 makna buat Kelly. Lebih-lebih lagi kehadiran cahaya mata kelak akan menceriakan lagi hidup Kelly .....

SKINCERITY .....


Kali nie teruja sangat nak mencuba SKINCERITY. Apa yang rina tahu produk nie sekarang berada di tangga teratas. Sebelum nie MARY KAY tempat pertama. Setelah hati nie betul2 teruja ingin menggunakannya rina telah membelinya dari salah sorang staff di pejabat dengan harga less dari biasa. Dapat je barang nie semalam 23 Jan 2014 .... malam tadi terus pakai. Result?? Baru pakai sekali mana ada nampak.... TUNGGU dan LIHAT ....


Dari pencarian di google bolehlah dikongsi mengenai produk nie bersama rakan2 yang ingin mengetahui lebih lanju ..


Apa itu SKINCERITY?  
Keluaran nucerity international & merupakan produk kosmetik berteknologi tinggi yang dicipta oleh pakar-pakar kulit Amerika di bawah geran R&D kerajaan Amerika Syarikat ; SBIR NO. (AR444355)
Ia adalah masker pertama di dunia yang mampu bernafas sambil mengekalkan kelembapan dan membasmi kuman pada kulit . 
  
Justeru ia menyediakan platform terbaik untuk penyembuhan kulit dari dalam secara semulajadi! 

KEBAIKAN/ KELEBIHAN & KEAJAIBAN SKINCERITY :

- Dicipta khas untuk masalah kulit! 
- Sesuai untuk lelaki dan perempuan!
- Sesuai untuk semua peringkat umur 
Keputusan kajian yang dijalankan oleh university health science centre di san antonio texas menunjukkan 67% daripada pengguna yang diuji mengalami perubahan mendadak dari segi keanjalan kulit dan kekurangab kedutan sebanyak 39% sehingga 200%!
Dan kini skincerity telah pun memasuki pasaran malaysia secara online dan offline! Yang menariknya malaysia adalah negara operasi terbaru yg ke 11! 

KAJIAN SAINS

- Revolusi teknologi kulit yg bertindak sebagai layer kedua kulit. 
- Penyelidikan teknologi ini dipatentkan dan dibangunkan oleh ahli dermatologi dgn sumbangan tabung national institutes of health. 
- Skincerity telah diuji dan telah mencapai standard professional komuniti perubatan. 
Dalam ujian pada kesan garis halus dan kedutan wanita berumur 69 dan lelaki dalam tempoh 3 bulan untuk menentukan kebolehan antipenuaan skincerity pada bhagian yg paling terdedah iaitu tgn Keputusan dinilai oleh university of texas health science center in San Antonio menunjukan 68% peserta mempunyai kekurangan kedutan 39% hgga 200% (kena ingat mereka sudahpun berusia 69 tahun). Tetapi pada merka yg lebih muda ksannya lebih cepat. 
Satu lagi ujian yg dijalankan department of Dermatology University of Utah Medical School mnggunakan teknologi Skincerity berbanding krim aktif agent untuk menentukan yg mana lebih berkesan dri segi agent aktif.
Keputusan kajian menunjukan lepas 2 jam skncerity digabungkan dgn antioksida kegemaran anda memberi kesan 3x ganda berbanding cream antioksida sahaja.
Ini bermakna sebatang gabungan sebarang produk antioksida bersama skincerity akan mmberi kesan sebanyak 3 kali ganda! 

TESTIMONI PENGGUNA SKINCERITY
















====================================================================

CARA GUNA SKINCERITY

Ratakan pada permukaan muka dengan hanya 'roll on' botol Skincerity sebelum masuk tidur. 
Lapisan masker yang terbentuk dengan sangat-sangat nipis tidak akan menyerap seperti krim atau 'foams'. 
Tetapi lebih bertindak sebagai pembalut luka yang menyamai kulit memelihara, menyimpan lembapan,dan mengawal lembapan.
Skincerity mempunyai dua agen anti-oksidan yang sangat kuat dalam merawat kulit; iaitu Vitamin E organik dan Grape seed Oil. Malah, teknologinya telah menjadikan lembapan semulajadi dari tubuh/kulit kita sendiri sebagai agen penting untuk menyeimbangkan/mengawal lembapan kulit.



SOAL JAWAB TENTANG SKINCERITY
PERLUKAH SAYA MENUKAR LANGKAH PENJAGAAN KULIT HARIAN SAYA?
Tak perlu sama sekali. Anda cuma roll kan sahaja skincerity sebelum tidur, dan biarkan saja ia kering dalam masa beberapa saat dan just go to bed;) Anda masih boleh guna produk kesayangan anda malah boleh mengurangkan kuantiti penggunaannya.

=================================================
SAYA SUDAH CUBA MACAM-MACAM PRODUK. BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU SKINCERITY SESUAI UNTUK SAYA?
sudah beribu-ribu orang menggunakan Skincerity sejak ia dikeluarkan sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Best Selling cosmetic Product 2013.
Skincerity telah melalui ujian dermatologi dan sangat disarankan penggunaannya.Ia juga telah menjalani klinikal ke atas pesakit yang sebenar dan menunjukkan bukti yang disahkan.

Keputusan dari percubaan klinikal yang dilakukan di University of Texas Health Science Center menunjukkan 67% mereka yang menggunakan Skincerity mengalami pengurangan kedutan pada kulit sebanyak n39%, dengan sesetengah dari mereka telah pulih 200%. Kebanyakannya melaporkan hasil yang dramatik dalam masa beberapa hari!

=================================================
BILAKAH SAYA BOLEH NAMPAK PERUBAHAN PADA KULIT SETELAH MENGGUNAKAN SKINCERITY?
Kebanyakan pengguna melaporkan tona kulit yang bertambah baik dalam 1 atau 2 hari sahaja!!
Walaubagaimanapun, tempoh untuk pemulihan kulit adalah pelbagai bergantung kepada keadaan kulit sejauh mana masalah yang dihadapi.
Kebanyakan pengguna akan mula melihat dengan jelas dan merasai perubahan dalam masa seminggu penggunaan.Dengan penggunaan yang berterusan, kebanyakan pengguna melaporkan dapat menyelesaikan masalah-

kulit kusam,
tona tak sekata,
tekstur kulit yang agak kasar,
kekeringan kulit,
bintik2 penuaan,
dan masalah saiz pori-pori,
garis penuaan dan kedutan.

==================================================
APAKAH PERBEZAAN ANTARA SKINCERITY DAN RAWATAN LAIN UNTUK KULIT?
-Sememangnya penggunaan Skincerity sangat berpatutan harganya berbanding rawatan lain untuk kulit.
Ini kerana,dengan penggunaan skincerity ia menyamai satu set lengkap skincare kelas A++, beribu ringgit rawatan salon kecantikan adan 'Chemical Peel'.

-Sangat jimat masa memandangkan penggunaan hanya makan masa beberapa saat penyediaan.
Ia melakukan tugas 4product dalam satu.. - cucian wajah menyeluruh, melembab,kelupasan dan melepaskan anti-oksidan ke dalam kulit.

-Ia sangat sesuai pada mereka yang mempunyai jadual hidup yang sibuk dan padat.

=================================================
BAGAIMANA UNTUK SAYA MENCUCI SKINCERITY DARI WAJAH?
Diwaktu pagi anda akan mendapati skincerity telahpun mengelupas dan melapisi lapisan atas kulit.Bila kulit sudah berhidrasi,skincerity akan mengelupas dipermukaan kulit dan kelihatan seperti 'peel off mask' yang kering.
Apa yang anda perlu buat hanya mengurut secara perlahan permukaan kulit dengan air suam atau lotion.Anda juga boleh menggunakan tuala kecil untuk mencuci sisa-sisa yang tinggal pada kulit.

Sebenarnya, semasa mencuci sisa skincerity itu lah, kita membantu kulit untuk menunjukkan lapisan yang baru sel kulit yang lebih muda dan sihat.

=================================================
BAGAIMANA JIKA SKINCERITY MELEKAT PADA KULIT SAYA DIWAKTU PAGI?
Skincerity sesuatu yang memang 'bijak'. Ia akan melekat pada kulit yang kering atau rosak dengan teruknya, sehingga kulit telah mendapat kelembapan yang cukup dan tersimpan dalam keadaan sihat.
Lekatan skincerity pada kulit adalah salah satu proses hidrasi kulit. Sehingga lembapan semulajadi terkumpul, anda boleh 'apply' sedikit pelembab waktu malam biarkan kering,kemudian gunakan skincerity. Ini akan membantu anda untuk menarik keluar skincerity diwaktu pagi. Gunakan berterusan,dalam beberapa waktu, masalah kering yang dahsyat akan hilang .

================================================
BAGAIMANA SKINCERITY DIKATAKAN BERTINDAK SEAKAN-AKAN KULIT KITA?
Skincerity mengandungi formula dipatenkan yang apabila digunakan, ia menyerupai lapisan kulit yang akan mengekalkan kelembapan kulit dari dalam,mengeluarkan semua anasir tidak baik pada kulit dan biarkan kulit bernafas.

SKincerity mewujudkan persekitaran supaya kulit dapat bernafas walau dlm keadaan tertutup, dan ia mampu mengekalkan kelembapan semulajadi sendiri dan menerima antioksidan untuk berjam-jam lamanya semasa kita tidur. Ia berfungsi seperti kulit kedua. Cara, Skincerity mewujudkan persekitaran lagi bernafas yang tertutup untuk kulit anda untuk mengekalkan semula jadi sendiri kelembapan dan menerima antioksida untuk berjam-jam semasa tidur anda. Ia berfungsi seperti kulit kedua.

SKINCERITY MENGANDUNGI ACETONE SEBAGAI RAMUAN ADAKAH IA BOLEH MENGERINGKAN KULIT SAYA?
Tidak sama sekali.Acetone yang merupakan gred farmasi (2-Propanone) adalah non-toxic dan tak akan sekali-kali mengeringkan kulit. Skincerit Acetone yang dimiliki Skincerity digunakan untuk memperbaiki kulit, menukarkan liquid di dalam botol kepada masker muka yang jernih, menjauhkan bakteria,dan membentuk kulit yang sihat dan bernafas melalui liang mikro pada lapisan masker.Apabila cecair skincerity telah bertukar menjadi filem halangan bernafas atau masker (kurang daripada 5 saat), aCetone akan menyejat keluar dari kulit. Hasilnya, kulit lebih sihat, lembapan yang cukup,serta lebih muda dari biasa.

WANGIAN APAKAH YANG DIGUNAKAN DALAM SKINCERITY?
Wangian kami adalah RIFM(Institut Penyelidikan Fragrance Bahan-bahan) yang diluluskan, yang bermaksud wangian adalah tidak merengsakan kulit.

KENAPA VITAMIN E?
Vitamin E adalah ramuan penting dalam Skincerity. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa Vitamin E mempunyai kesan anti-aging/anti-wrinkle kuat pada kulit. Ciri-ciri antioksidannya membantu meningkatkan penghasilan sel baru menggantikan sel yang kering dan rosak.  Yang paling penting vitamin E yang digunakan adalah jenis yang terbaik dunia iaitu natural vitamin E.

KENAPA MENGGUNAKAN GRAPE SEED?
-Vitis vinifera (minyakbiji anggur) adalah antioksidan yang kuat yang pembaikan kerosakan tisu
dan mengelakkan tekanan pada tisu..

-memiliki sifat-sifat regeneratif dan penyusunan semula yang membolehkan kawalan yang lebih baik untuk lembapan kulit.

Vitis vinifera mengandungi proanthocyanidins, yang sangat membantu dalam mengurangkan kerosakan kepada kulit akibat pancaran matahari, mengurangkan kerosakan radikal bebas, dan berguna dalam penyembuhan luka.


ADAKAH SKINCERITY SELAMAT UNTUK SEMUA KAUM DAN SEMUA JENIS KULIT?
Semua jenis kulit dan bangsa telah berjaya dengan Skincerity.

==================================================
DILULUSKAN SKINCERITY FDA?
FDA mempunyai garis panduan untuk seorang ahli physycian untuk menghasilkan produk penjagaan kosmetic dan keselamatan dan skincerity telah memenuhi garis panduan yang disediakan.

DI MANA KAH TEMPAT YANG SESUI UNTUK MENYIMPAN SKINCERITY?
Untuk hasil yang terbaik, simpan dalam kedudukan tegak pada suhu bilik.

BERAPA LAMA SATU BOTOL DAPAT BERTAHAN?
1Botol = 1oz adalah saiz standard. 

Kebanyakan pengguna melaporkan bahawa 1 oz bertahan lebih sebulan- 2 bulan sekiranya digunakan setiap malam dibahagian muka sahaja. (boleh menggunakannya selang sehari selepas dua minggu)

Sabtu, 18 Januari 2014

Cupcake Hantaran Dan Cookies Rainbow (sponser by me.....)

 
 Alhamdulillah....ikhlas dari aunty untuk keluarga Wina sempena Majlis Pernikahan & Perkahwinan kakak beliau pada 18 dan 19 Januari 2014 yang lalu...

Jumaat, 10 Januari 2014

Makan Ikan Bakar di Pantai Bagan Lalang..... 9 Januari 2014

 Kalau kepingin makan ikan bakar bolehlah berkunjung ke Restoran Senandung. Tempatnya betul2 di depan pantai Bagan Lalang.

 Ada pelbagai jenis ikan ... ada sotong, kerang, ketam dan banyak lagi..

 
 He3... tak sempat nak snap sebelum dimakan. Bila dah selesai baru perasan lupa pulak nak ambil gambar hidangan yang dihidangkan tadi ...



Memandangkan semuanya free jadi rina sekeluarga mengambil kesempatan untuk celebrate Hari Jadi emak dengan ikan bakar.... Arah tuju malam tu Ikan Bakar Bagan Lalang. Lepas je solat Magrib kami mula berangkat. Tapi nak dijadikan cerita, jalan yang dekat menjadi jauh angkara penunjuk arah yang bagi info tak betul. Tapi alhamdulillah akhirnya sampai juga di sana lebih kurang jam 10.00 malam. Perut??? jangan cakaplah dah bernyanyi ... berdondang... matapun dah mengantuk sesangat. Tapi nasib baik servis dia cepat .... Makan tak tengok kiri kanan .... Apa2pun terima kasih bonda tersayang - Hjh Alimah. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik, memanjangkan umur, dimurahkan rezeki sentiasa. Jasa dan pengorbanan mu akan ku kenang sehingga akhir hayat. Love you....

Selasa, 7 Januari 2014

Hari Jadi Yang Ke-41 Tahun 3 Januari 2013

Alhamdulillah 3 Januari 2013 genaplah umur rina 41 tahun. Syukur kepada Allah swt telah memanjangkan umur dan memberi peluang untukku memperbaiki diriku semoga lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Bersyukur dalam usia sebegini telah dikurniakan anak2 yg semakin meningkat remaja dan dewasa. Dikelilingi suami, anak-anak, cucu-cucu yang comel serta ibu yang banyak memberi nasihat dan kata perangsang. Lebih terharu  dengan sokongan padu my hubby untuk sama-sama melayari kehidupan berumahtangga di dunia nie...semoga berkekalan hingga ke jannah. Pelbagai onak dan duri serta dugaan yang diberikan oleh Allah swt...akan kutempoh segalanya.... Namun aku tetap bersykur kerana Allah swt telah memberikan tahap kesabaran yang maksimum pada diriku..bagi melayari dan mengharungi hidup berumahtangga.

Ucapan pertama yang rina terima dari my hubby. Sweet sangat. I Love Your for ever and ever.

 Thanks to my friend - Zuliana coz mengingati Hari Jadi Rina ...


Sampai di pejabat. Ingatkan boss tak ingat. Tapi rupa2nya buat surprise... Kek dari Hotel Sama Sama, KLIA lagi... siap bagi ampau.. Thanks my boss ...

 Malam Minggu 4 Januari 2014 - my hubby belanja makan ikan bakar kat Klang. Memang dah lama tak jejak kaki kat situ lebih 2 tahun rasanya.. Alhamdulillah..

5 Januari 2014 - Hari Ahad pulak anak - Muhd Fairus  & his girlfriend - Wina belanja Johnny di Alamanda, Putrajaya. Terima kasih both of you.. Love you all...