Selasa, 29 April 2014

Roti Sarang Lebah


Teruja dengan rakan2 yang sibuk dengan menu terbaru ROTI SARANG LEBAH akhirnya menggagahkan diri membaking ... alhmadulillah dengan bantuan BreadMaker sedia ada menjadi rotiku ... Buat sekali tak puas akhirnya keesokkan pun buat lagi .... memang tidak puas dengan strukturnya yang lembut ditambah dengan sauce yang sedap. Anak mention rasa macam sos AuntieAnne's Pretzel 

Untuk yang ingin mencuba, bolehlah guna resepi yang rina buat nie. Mesti jadi .. kalau tak jadi tu tak tau nak cakap ape....


ROTI SARANG LEBAH

DOH
Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung gandum * rina guna tepung roti
1/2 sudu teh dry yeast * rina guna yis maurippan

1/4 sudu teh garam

½ sudu teh baking powder

1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *rina ganti dengan buttermilk (240 ml + 1 sudu besar cukai biarkan 10minit) lepas tu ambil sukatan 1/4 cawan sahaja ade sesetengan tu guna bancuhan susu tepung, caranya, mula2 ikutlah sukatan susu tepung .. 200ml air + 3 sudu besar susu.. pastu ambik 1/4 cawan air susu tu untuk gantikan plain yogurt.. 
¼ cawan minyak sun flower or minyak masak apa2 pun boleh
1/2 cawan air suam +-

Bahan taburan:
**Almond flakes, pumpkin seeds, bijan hitam  

Sos:
Butterscoth Sauce

Bahan-bahannya:-
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream (rina guna susu cair je)
1/2 sudu teh esen vanilla
25 gm butter/mentega

Cara-cara untuk buat DOH
Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang TAK di ON (rina panaskan oven agak2 panak off kan ....)
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya

*Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.Buat sampai habis. 
Memang doh lembik tapi jangan risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda)
Make sure oven panas sesangat baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah (rina masak guna api atas bawah dlm 15 minit masaklah roti tu)

Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.

Kalau menggunakan BREADMAKER hanya masukkan semua adunan doh dimulaikan dengan air barulah adunan tepung... tekan DOUGH dan mesin akan menguli kalau tak silap rina  dalam 1 jam 30 siap... Lepas tu bolehlah guna step seterusnya seperti bertanda * di atas.

Cara-cara untuk buat Butterscoth Sauce:-
1.  Cairkan butter/mentega, lepas tu masukkan brown sugar, kacau sehingga gulanya cair dan berbuih.
2.  Tuangkan whipping cream/susu cair perlahan sambil tangan terus mengacau supaya tidak hangus. 
3.  Masukkan vanila ... kacau sebati 
4.  Jika tercair boleh tambah tepung jagung untuk memekatkannya.

SELAMAT MENCUBA!!!! Rasa sekali nak lagi coz tak puas ...........

Secretaries Appreciation Luch - 25 April 2014


25 April 2014 - Alhamdulillah ada juga sambutan untuk HARI SETIAUSAHA bagi jawatan secretary2 kat DUNIA nie ... diiktirafkan dan dihargai lagi perkhidmatannya..... Jadi sempena Minggu Setiausaha bulan April 2014 pihak secretary MAHB telah menganjurkan jamuan makan tengahari. Walaupun simple tetapi meriah ... masa nielah kami berjumpa... sebelum nie hanya mendengar suara di telefon je... Terima kasih tidak terhingga kepada urusetia majlis ... Pn Neena ... Pn Aida dan semua yang terlibat ... 

Cashmere Serum

24 April 2014 - Teruju dengan Cashmere Serum akhirnya dapat juga dari Stokis yang menawarkan harga istimewa RM149.00 termasuk pos dan cenderhati. Parcel yang dipos diterima hanya dalam 1 hari saja ... cepatnyer POS LAJU..





Shake n Take with Two Bottles ....

22 April 2014 - Alhamdulillah setelah survey harga sana sini akhirnya bertemu dengan harga yang berpatutan RM50 dengan dua botol shake dari Baybeekidswear's Puchong - . Thanks to my hubby coz sudi mengambilnya di Puchong ....

Isnin, 21 April 2014

Firenzzi Garment Steamer & WaxVac

Selagi barang2 yg diidam selama nie tak dapat...kali nie setiap kali ade promosi je mesti cekau...ha3... Thanks Lazada n Lelong... Harga berbaloi2...

Jumaat, 11 April 2014

TRIO Cupcake Maker TCC-227 Blue

Alhamdulillah sampai jugak barang nie. Ingatkan hilang ditengah jalan. Harga yg cukup special after less only RM66. Cadang malam nie nak buat cupcake esok boleh bawa balik kampung....Tq Lazada Online. Niepun Bonus MAHB..... Nie pun tengah membelek2..Lazada...Lelong... apa lagi yang tersirat dihati yg belum perolehi...

Nostalgia 3-Tier Chocolate Fondue Fountain Brown

Alhamdulillah nie my second Chocolate Fountain. Bezanya cuma yang nie kecil sikit. Harga lepas less RM69. TQ Lazada Online..... Hasil dari Bonus MAHB...umphhhh


TRIO Electric Oven 48L TEO 482 Metalic

Oven brand TRIO untuk my menantu. Sapa tak sayang menantu. Bagi rina menantu mcm anak sendiri. Hopely lepas nie lebih kencang.. Buy from Lazada Online. Harga yang memang berbaloi..RM359 after less. Nie hasil dari Bonus MAHB... daripada habis begitu saje lebih baik beli barang kannn....nampak jugak bendanya...

Isnin, 7 April 2014

Cupcake Red Velvet with Cream Cheese

Tempahan diterima dari officemate - Pn Zuliana utk Harijadi Anak beliau. Actually dah lama tak ambil tempahan tapi disebabkan officemate yg request tak sampai hati pulak utk menolaknyer. Anywhere thanks for you support-7 April 2014.


Jumaat, 4 April 2014

Rabu, 2 April 2014

Majlis Aqiqah@Berendoi Cucu & Hari Jadi Anak - Muhd Fairus & Nurfarisya Sofea - 29 Mac 2014

 Sesi bergambar kenangan....



 Antara hidangan yang disediakan. Yang pasti donut resepi Kak Teh dan Cupcake Comel dari tangan sendiri. Kambing aqiqah order dari orang luar. Mesin Chocolate Fountain jugak dirasmikan semasa majlis berjalan.

 Alhamdulillah akhirnya tertunai jugak niat dihati untuk membuat pulut kuning sendiri. Respi Kek Rainbow yang telah lama disimpan resepinya akhirnya terbuat jua. Bunga pahar TeddyBear dengan harga berbaloi dari  Bunga Telur Teddybear Iris

 Antara yang terkandungan di dalam beg goodies khas untuk Kumpulan Marhaban, tetamu dewasa dan kanak-kanak.



 Tempahan Buaian Berendoi dari SiManja Berendoi dengan harga promosi. Memang berbaloi RM250 je.


 Sesi memcukur rambut....Atok Angah yang membotokkan kepada Si Adam.

 Majlis Marhaban @ Berendoi @ Doa Selamat @ Cukur 

 Alhamdulillah tetamu yang hadir diluar jangkaan dan makananpun cukup hanya kambing je tak sampai 1 jam dah habis.

Alhamdulillah....akhirnya semuanya berjalan lancar. Amin