Khamis, 22 Mei 2014

Double Cereal Dispenser

Alhamdulillah setelah search dapatlah barang nie dengan harga yang murah. Double Cereal Dispenser hanya RM50 kan murah.. penghantaran pun cepat. Order hari nie petang esok dapat. Nak order bolehlah contact  Wardrobe Online Shoppe 0196175027

Rabu, 21 Mei 2014

Mesin Jahit SINGER 4423

Akhirnya aku tewas!!!!! gara2 mesin jahit yang sedia ada tidak dapat dibaikpulih dengan alasan spare part tiada. At last rina sambar juga mesin Singer 4423. Hopely dapatlah bertahan mesin nie...harganya pun kira mahal lah jugak... RM1,195.00 tapi berbaloi dengan pelbagai fungsi jahitan.

Perodua Alza ADVANCED VER (A) ....




Alhamdulillah penantian 2 bulan akhirnya berakhir. Mencuba kereta keluaran Malaysia yang harganya agak berpatutan dengan bajet dan harga promosi hanya RM64,500 ....Accessories yang sediada: Solar Film, CD Player, Leather seats, Airbag driver, Airbag passenger, DVD Player, Navigation system, ABS Brakes, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering....

Rabu, 14 Mei 2014

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Ibu

Tahun lepas tercepat, tahun nie terlambat. Sorry ya Zu. Memang mati2 ingatkan birthday Zu bulan Mei 2014. Tapi setelah disemak rupa2nyer 13 April. Dah sebulan. Walau bagaimanapun harap sudilah menerima cendermata yang tidak seberapa khas untuk Zu. 

Tetamu malam ....

 Tetamu malam ..... tunggu dari tengahari at last malam baru sampai. Jadi ape yang ade itulah yang dapat dipersembahkan. Roti Sarang Lebah Arab & Roti Chicken Frost. Original homemade memang rina buat sendiri dengan bantuan breadmaker untuk mengguli .... Hubby memang suka sangat roti tu. Jadi buat 3 bekas. 1 bekas hubby bawa ke office.

Bertemu kembali rakan jauh ..... rakan lama

Rakan hubby semasa di dalam AirForce. Dah lama tak bertemu akhirnya dengan izin Allah swt kita dipertemukan lagi ..... Alhamdulillah. Terima kasih Noi, Acoy coz sudi bertandang ke rumah.

Hari Ibu - 11 Mei 2014


SELAMAT HARI IBU ...
Selamat Hari Ibu untuk bonda tersayang
Terima kasih hubby coz selalu bagi support untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik untuk anak2. Bertegang urat tu biasalah asam garam berumahtangga. Tidak dinafikan bergaduh tu sebenarnya untuk merapatkan lagi hubungan kita suami isteri dan keluarga.... Orang luar yang cemburu dengan kebahagian kita tu sebenarnya insan tu berpenyakit.. penyakit hati. Tidak senang melihat kebahagian kita. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya. 
 Untuk menantu - Nurul Asyiqah Qasrina. Selamat Hari Ibu. Semoga tabah mengharungi onak dan duri sebagai seorang isteri dan anak2.... Mama yakin Nurul mampu menempuhnya. Ingat !!!Allah swt tak akan menguji kita jika kita tidak mampu mengharunginya.


 Me .... bonda .... Menantu
Dinner sempena Hari Ibu .....

Special for my mom.....




Program Memperkasa Warga Setiausaha Idaman Majikan oleh bersama YBhg Dato' Dr Fadzilah Kamsah - 7 Mei 2014


Alhamdulillah setelah melalui pelbagai rintangan akhirnya dapat juga menghadiri Program Bersama Dr Fadzilah Kamsah. Banyak tips dan panduan. Lebih2 lagi dengan Puan Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi. Lagi kuatlah semangat untuk menguruskan badan .... ha3...


Vitamin C - 6 Mei 2014

Apa salah nyer mencuba kan ..... 

KLIA2 Staff Engagement Duty dari 2 - 6 Mei 2014


Alhamdulillah selesai menyempurkan tugas .... Bertugas lebih 22 tahun nielah kali pertama kena kerja SHIFT. Walaupun penat tapi seronok melayan karenah passanger kat KLIA2. Almaklumlah KLIA2 kan baru dibuka ... Nasib baiklah masa duty pihak AirAsia belum masuk ... Kira kurang sikitlah beban. Cuma yang tak tahan kaki nie ... especially tapak kaki yang sakit sangat. Ape tidaknyer berjalan ... bertawaf dari jam 9am - 3.00 pm, 3.00 pm - 9.00 pm yang last shift malam 9 pm sampai 8.00 am. Love you MAHB!!!

Jenjalan ke Perlis, Padang Besar dan Thailand 29 April - 2 Mei 2014

 Alhamdulillah bertolak jam 9.00 mlm akhirnya jam 7.00 pagi baru sampai. Apa tidak nyer berhenti untuk rehatpun dah 3 kali. Almaklumlah drive malam .... mengantuk. Itupun tukar2 drive. Selama 24 tahun berkahwin nielah kali pertama setuju untuk drive dari KL sampai ke Perak ... lepas tu hubby lah sambung...
Sampai je Perlis ... nak tido memanglah tak boleh jadi kami ambil keputusan ke Padang Besar .... 

Hari Ke-dua kami ke Thailand pulak memberi barang yang dihajat oleh sang suami .... he3.

Makan tengahari di Danuk, Thailand .... Nasiblah kali nie pergi tak hujan.

 Memandangkan suhu yang teramat panas...anakpun bising tidur tak selesa kami ambil kesempatan untuk bermalam di salah sebuah hotel yang berdekatan. Lega rasanya kena aircord.

Sebelum balik .... singgah sebentar ke rumah YB Romli, SUK Perlis. Kami dijamu makan pulut bersama buah mangga harumanis. Nie first time makan benda macam tu. Malam dinner pulak di Hotel Putra Palace. Memang kenyang betul. Walaupun tengah berdiet terpaksa langgar demi menjaga hari orang. At last cadangan untuk balik awal ke rumah terpaksa dibatalkan. Dalam jam 8pm barulah kami bertolak. Alhamdulillah dlm jam 4.30 pagi kami selamat sampai ... Terima kasih tidak terhingga di atas layanan yang diberikan. In sya Allah ada masa ..... ada peluang kami akan bertandang lagi.