Rabu, 9 Julai 2014

CERITA BENAR... benar2 berlaku..

Di sini rina ingin berkongsi cerita yang baru sahaja berlaku pada hubby. Cerita nie bermula Isnin lepas 7hb Julai apabila menerima panggilan telefon melalui hp anak. Kebetulan masa tu hubby kerje malam jadi siang tu memang rest. Si pemanggil mengenalkan diri dari Ambank dan menyatakan ada transaksi dari Kedai Emas, KLIA untuk pembelian emas. Jadi beliau ingin confirmkan kad kredit berkenaan dengan hubby. Hubby terkejut sebab beliau memang tidak ada kad kredit. Pemanggil memaklumkan maklumat yang beliau ada si pemegang kad buat kad kredit berkenaan beralamat di Ampang dan permohonan kad di Puchong. Hubby sekeras2nya memaklumkan itu bukan dia. Pihak Ambank juga memaklumkan kad kredit berkenaan telah tertunggak dan nama hubby telah disenaraihitam di Bank Negara.

Jadi katanya untuk pertanyaan lanjut pihak Ambank telah meminta hubby menghubungi Bank Negara dengan nombor 03-27885076 untuk mendapatkan bantuan. Tanpa berlengah my hubby contactlah Bank Negara sebab masa tu mestilah takutkan nama dah kena senaraihitam. Jadi bila je call Bank Negara, my hubby ceritalah apa yang berlaku. Pihak Bank Negara minta my hubby jangan buat sebarang transaksi dalam tempoh 3 hari kerana katanya untuk membuat siasatan. Pihak Bank tanya apa lagi bank yang biasa my hubby berurusan. Jadi yang my hubby lurus sangat ceritalah nama semua bank tapi nasib baik bukan nombor2 akaun. My hubby cerita pihak Bank Negara nasihat supaya merahsiakan perkara ini....

Hari Kedua - 8 Julai 2014 (Selasa)
Hari nie heboh kat whatsapp pasal bonus raya dah masuk. Tak ketinggalan juga dengan my hubby. Disebabkan rasa takut .... my hubby call lah Bank Negara tanya apa yang perlu dilakukan sebab kata my hubby tak kanlah duit sendiri tak boleh pakai. Jadi ..... orang Bank Negara tu tanya berapa yang ada...my hubby bagitaulah. Bank Negara arahkan  my hubby ke ATM yang berdekatan. Beliau akan maklumkan seterusnya. Nah!!! bermulalah di sini ...

Sampai je ATM Cimb kat Metro Point, my hubby call lah Bank Negara tu dan minta my hubby ikut arahan dia. Sampailah selesai buat transaksi ke akaun Bank Rakyat jam 12.34 noon.

Bila dah buat transaksi my hubby call lah Bank Negara, Bank Negara maklum jgn call lagi sebab dia sendiri akan datang rumah untuk serahkan duit tu.

Hubby tak sedap hati terus telefon rina kalau2 ada member kat Bank Negara...sebab katanya pegawai berkenaan acuh tidak acuh. Kebetulan rina memang kenal dengan PA Tan Sri Zeti. Rina call lah minta dia check no telefon 27885076 betul ke nombor Bank Negara. Setelah disemak didapati nombor tu nombor palsu. Ya Allah!!! berderau rasa jantung nie.... lemah rasanya...mcm di awang-awangan je.

Nak tak nak terpaksa bagi tau hubby pasal no tu. Hubby cuma contact nombor 03-27884951 tetapi line busy memanjang. Sah!!!! my hubby telah kena tipu.

Rina cadangkan hubby pergi ke Cimb tadi dan ceritakan apa yang berlaku. Memang my hubby pergi dan staff Cimb Metro Point minta my hubby buat laporan polis. Bayangkanlah dari jam 2.30pm sampai jam 4.30pm baru settle buat laporan. 

Dalam masa yang sama rina cuba hubungi pegawai Bank Rakyat yang sentiasa berurusan dengan my boss. Katanya dia boleh tolong sekat dengan syarat tahu nombor akaun orang tu. Untuk dapatkan nombor tu my hubby perlu dapatkan dari Cimb. Sebab bila call Customer Services, dia orang minta hubby contact Cimb branch.

Jadi lepas je buat laporan polis my hubby pergi balik ke Cimb dengan harapan untuk mendapatkan nombor transaksi akaun Bank Rakyat tetapi Pengurus Besar yang berbangsa Melayu...beragama Islam langsung tak beri kerjasama... dengan alasan katanya nie kes polis. Kalau perlukan juga no akaun transaction penerima kena bawa polis ke Bank!!!! Ya Allah ade jugak manusia macam nie.

Rina cuba menghubungi kawan tan sri di Cimb. Mohon bantuan darinya. Tetapi memandangkan ramai yang telah balik kerja jadi beliau janji esok akan cuba bantu. 

Malam tu pegawai dari Bank Rakyat maklum .. kalau my hubby buat transaksi dari ATM ... duit tu akan terus masuk akaun. Tetapi kalau melalui kaunter atau Online akan float dlm 2 hari. Sah2lah hangus sudah duit tu ......

Apa yang terkilan ... biasanya my hubby akan maklumkan ke manapun dia akan pergi tapi untuk hari kejadian... selepas berlaku baru maklum.. dah terlambat... Nak buat macam mana dah tak ade rezeki. Redha je lah. Nampaknya tu memang bukan rezeki kami ......

Hari nie 9 Julai cuba call nombor semalam 03-217885076 dan 03-2788 4951 memang dah tak ada busy memanjang........jadi kepada rakan2 jangan mudah tertipu....jangan mudah terpedaya. Lebih2 lagi bila dinyatakan dari Ambank...pembelian barang di KLIA ... Bank Negara!!!!.

Dlm kes nie my hubby terpedaya coz percayakan pihak Bank Negara palsu!!!!!

Wassalam.


Rabu, 2 Julai 2014

PERLIS 26 - 28 JUN 2014


Alhamdulillah akhirnya semua selamat dan selesai sudah. Terima kasih YB Romli (SUK Perlis) di atas layanan yang diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Puan Tun yang bersusah payah menyediakan breakfast untuk kami....