Selasa, 15 Disember 2015

Pau Mawar

Alhamdulillah akhirnya terbuat juga tempahan Pau Mawar. 
Tempahan dari En Megat. 
TQ kerana support Ummi Mama Rina - 15 Disember 2015

Piano !!!!!

 Pertama kali buat persembahan piano. Alhamdulillah berjaya berhadapan dengan penonton.
Mama bangga dengan Syasya!!!!



Throwback - Selamat Tinggal SMK ENGKU HUSAIN - 2 Disember 2015

 
Selamat tinggal SMK Engku Husain.
Itulah kata2 terakhir sebelum melangkah keluar dari bangunan SMK Engku Husain.
Semoga pengorbanan jihadnya ke sekolah Tahfiz lebih baik dan diberkati oleh Allah swt.

Pendaftaran Anak Ke STAM

12 Disember 2015 - Syukur alhamdulillah selesai sudah pendaftaran Muhd Farriez Danial ke Sekolah Tahfiz. Akhirnya tercapai juga hasrat Danial untuk memasukki sekolah tahfiz. Tersentuh hati nie bila mendapat tau niatnya untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran dan ingin membantu keluarga di Akhirat kelak. Murni sungguh hatinya. Mama doakan hasrat Danial tercapai. Mama bangga dengan keputusan yang Danial ambil.. Mencari ilmu di untuk dunia dan akhirat.
Mama & keluarga SAYANG Danial !!!!!!!

Kek Pelangi (Rainbow)

Tempahan dari Kak Ngah Wina, sempena Hari Lahir Zara yang PERTAMA.
Terima kasih Wina - 12 Dis 2015

Kek Karamel & Puding Sedut

Tempahan dari member kelas Fitness - Yana & Zue.
Thank you ......

Isnin, 7 Disember 2015

Selamat Hari Lahir "Adam" Ke-2

 
Alhamdulillah 4 Disember 2015, genaplah usia cucu yang ke-2 berusia 2 tahun.
Semoga Adam dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sentiasa dan menjadi anak dan cucu yang soleh.

Kek Sponge dari air tangan mama dia ... Nurul Asyiqah Qasrina
Kami Semua Sayang ADAM!!!

Annual Dinner Ladies Aerobics Studio (Bollywood Party) 5 Disember 2015



 Persediaan sehari sebelum event. Berinai sakan...
 
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

 Rezeki... "Best Dress" malam tu nama saya naik!!!
Alhamdulillah....




Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-25

Alhamdulillah...masa berjalan begitu pantas sekali. Tak sedar dah masuk 25 tahun usia perkahwinan kami pada 1 Disember 2015. Bersyukur sangat kerana sepanjang berumahtangga walaupun banyak dugaan, kami cuba pertahankan dan sentiasa berbincang untuk mengeratkan hubungan kami suami isteri. Memang betul, dalam sesebuah rumah tangga persefahaman, saling memaafkan, saling hormat menghormati, saling mempercayai adalah kunci kebahagian dan kerukunan rumahtangga.
I Love You forever ....
Semoga rumahtangga yang kita bina berkekalan hingga ke akhir hayat...ke jannah..



Apam Mawar & Cream Puff special

Alhamdulillah.. terima kasih Pn Rozana & Pn Lin
Harap you all berpuas hati.