Selasa, 7 Januari 2014

Percutian Akhir Tahun 2013 - Pulau Pangkor 27 hingga 29 Disember 2013

Percutian akhir tahun yang tidak dirancang. Bermula saje2 tengok kalau2 ada Apartment MAHB di Pangkor yang kosong. Tak dijangka ada kosong you!! Apa lagi booking la .... check-in 27 Dis. 2013 and check-out 29 Disember 2013.

Kami naik feri di Jeti Marina. Hubby saje pilih dari Jeti Marina coz keadaannya yang tidak sesesak di Jeti Lumut. Bayaran ahli dikenakan RM10 setahun dan diberikan kad ahli. Untuk bayaran tiket feri sama je macam feri2 biasa di Lumut (RM10 dewasa & RM5 kanak2 - untuk pergi dan balik).

Sampai je di Jeti Pangkor kami naik teksi bewarna pink.

Sampai je di Apartment MAHB ... terkejut sakan. Apa tidak ya ... mcm rumah usang. Sorry ye... Tanya orang kat situ semuanya tak tahu. Hubby masa tu mood memang semacam je. Nasib baiklah teringat kawan sebelah di MAHB - Pn Zu. Apa lagi call si Zu nasib baik Zu angkat telefon dan sedia menghulurkan bantuan. Sementara menunggu feedback, Rina merayu kat hubby jengok sebelah depan pulak manalah tau kalau2 ada orang. Siap naik ke tingkat 1. Masa tu perasan ada apartment yang kuncinya terbuka tapi takut nak masuk kalau2 tersalah rumah.

Tak lama kemudian adalah staff yang call maklum staff yang jaga apartment pergi solat. Terlupa hari tu hari Jumaat - Solat Jumaat rupanya. Kita sampai sana dalam jam 2.15 petang. Tak lama kemudian sampailah "Pak Assan". Tepat firasat .... apartment yang terbuka tu memang apartment kami.... Lega... 

Bila buka pintu hati yang mulanya panas jadi reda ... nampak sejuk dan selesa... Hubby yang mula2 tak ada mood pun dah ok ... alhamdulillah. Kemas, bersih dan selesa ...





 Memandangkan tempat penginapan ke pekan agak jauh my hubby terpaksalah sewa kereta kancil dari Pak Assan - RM70 sehari.... isi minyak RM10 cukup sampai hari balik...

 Selepas mengisi tangki minyak kancil kamipun rounder Pulau Pangkor. Nampak papan tanda Kilang Ikan Satay. Apa lagi menyinggahlah kita ...
 Kat sinilah rina beli perlbagai jenis ole2.... sotong..ikan ..
 Me & my hubby .... umpphhh

Hari Kedua kami pergi Snockeling
Bayaran RM60 untuk 4 orang
 



Hari Terakhir
Sempat singgal ke Gerai Roti Canai Pak Assan. Kat depan gerai ada tempat bersejarah Kota Belanda..

 
Selamat Tinggal Pulau Pangkor ... jumpa lagi di lain waktu, di lain hari... di lain tahun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan