Alhamdulillah akhirnya dapat jugak bread maker idaman kalbu. Sebenarnya sebelum nie dah banyak servey tapi rata2 harga semuanya mahal. Ade terbaca kat blog member yg maklum dia hanya beli di Tesco dengan harga yg murah. Jadi sejak tu selalulah jengok kat Tesco tapi tak de offer je. Kebetulan minggu lalu pergi ke Tesco area Kajang, ternampak pamplet Tesco jualan barang elektrik.....and terlihatlah pulak breadmaker tu. Tapi hampeh tak ade stok. Bila pergi ke Tesco Semenyih...hampa jugak tapi entah mcm mana hubby siap bagi no hp dia kt staff tu mohon maklum jika stok sampai. Jeng! Jeng! Jeng.... semalam (Selasa 25 Mac) hubby call katanya staff Tesco call maklum bread maker dah sampai. Yang terasa hati sangat staff tu sanggup simpankan sebelum kami sampai....Terima kasih tidak terhingga... yang paling best harganya pun murah dari harga yg tertera cuma RM199 saje..... Lepas nie bolehlah meroti lagi... Thanks darling...my hubby...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera terutama untuk warga Semenyih, Kajang dan sekitarnya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Ummi Riena. Sekiranya ANDA berminat untuk mendapatkan hasil kerja tangan Ummi Riena,bolehlah hubungi Ummi Riena melalui whatsapp 0166494540. In syaa Allah setiap pertanyaan akan dijawab seberapa segera. Memandangkan membaking adalah secara part time, jadi Ummi Riena akan block tarikh tempahan mengikut kata pepatah "Siapa Dulu Akan Didulukan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan