Percutian yang telah dirancang dari tahun lepas lagi. Tapi tak sangka
pula jatuh hari mengundi. Tapi apa kan daya .... dari hangus
duit...pergilah juga...
Sementara menunggu flight kami sekeluarga makan di Mc Donald's. Memandangkan Rina nie kan staff MAHB...dapatlah juga diskaun masa beli kat sini..
Kami sekeluarga sampai di Kuching agak lewat
malam. Flight yang dipilih sebelum ini telah dilewatkan jadi kami sampai
dalam jam 12.30 pagi pada 1 Mei 2013.....
Sampai je kat lapangan
terbang, kami naik kereta yang disewa terus ke tempat penginapan "John's
Place". Tempat nie tuan kereta sewa yang cadangkan coz tempat tu memang
betul2 kat bandar Kuching. Kalau nak berjalan kaki pun boleh .... Harga
pun berpatutan..
Nie adalah beberapa kedai makan yang sempat kami kunjungi selain dari di Shopping Complex. Ohhhh ya kami juga ada singgah makan di Restoran Nusantara... Restoran di Bangunan Pasar Satok.
Setakat nie tekak masih boleh menerima menu-menu yang diorder ....
Mee Kolok ....
Laksa Sarawak...
Sepanjang kami di Sarawak kami sempat pergi beberapa tempat di Sarawak ...
Bergambar kenangan kat Patung Kuching
Naik sampan di Sg Sarawak
Muzium Kuching..
Replika Burung Enggang
Pantai Damai ....
Lihat tu .... kat belakang Gunung Santubong..
Kampung Budaya Sarawak ... tempat nie sekadar lalu je coz bayaran masuk yang tinggi..
Ambil kesempatan ke Pasar Satok .... kat sini hubby beli ikan masin
terubuk dengan kek lapis Sarawak untuk dibawa balik ke Semenanjung
sebagai ole-ole..
Pusing punya pusing at last dapat juga mutiara yang berkenan di hati....
Malam terakhir .... menghabiskan masa di Waterfront ......