Jumaat, 13 Januari 2017

Khamis, 12 Januari 2017

Nona Manis Pandan & Apam Polkadot 12 Januari 2017

TQ Nora coz sudi menjadi orang perantara untuk tempahan kawan2 awak. Semoga Allah swt sahaja yang dapat membalas segala kebaikan awak. TQ ..

Throwback!!!! Cream Puff with creamy custard filling & Apam Polkadot + Kek Besday 8 Januari 2017

 TQ Noor Asiah kerana menjadi regular customer

Just for YOU.... Selamat Hari Lahir... semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sentiasa..

Throwback!!! Kek sebagai pengganti sempena Hari Jadi Ke-67

Selamat Hari Jadi untuk bonda Hjh Alimah. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sentiasa. Walaupun jauh tapi 8 Januari tetap INGAT!!!

Nasib baik ada Kedai Bakery orang Melayu@islam kat area Johor. Hargapun berpatutan. Alhamdulillah TQ D'Honey Bakery!!!! Next time boleh order lagi sebagai penganti diri!!!

Throwback!!! Cream Puff with creamy custard filling 6 Januari 2017

TQ Nora ..

First Customer 2017 - Pn Yana 5 Januari 2017 (Nona Manis Mix Pandan & Jagung & Blueberry Cheese Tart Montok

 
TQ Yana!!! Customer pertama order untuk tahun 2017. TQ sekali lagi kerana menjadi customer tetap !!!

Sesi Persekolahan 2017

Cucu Ummi si Neena dah bersekolah ....
Begitu cepat masa beredar ...

My Birthday on 3rd January 2017 !!!!

 TQ my hubby ...
TQ my menantu Syiqah ...

 TQ my boss Tan Sri Wan ..

 TQ rakan2 di FB ...




SELAMAT TAHUN BARU 2017


Selamat Tahun Baru 2017 diucapakan kepada SEMUA!!!
Tahun Baru... Azam Baru!!

  • Menyambung azam tahun lepas...lepas yang tidak terlaksana dan tercapai sepenuhnya...
  • Tingkatkan amalan yang sedia ada
  • Menjadi seorang isteri, ibu dan ummi yang lebih baik
  • Tingkatkan mutu kerja sebagai seorang pekerja berkarier yang lebih berprofessional
  • Mengqadaq solat2 yang tertinggal sejak dibangku sekolah (untuk puasa dah selesai tahun 2016)
  • menjadi seorang yang lebih tabah dan diberi tahap KESABARAN paling maksimum untuk hadapi  pelbagai dugaan yang datang tanpa diundang...tanpa disedari
  • tingkatkan lagi mutu jualan bakery & masa yg sama dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga
  • Isshhhh!!!! banyaklah pulak .... oppss ada lagi satu TURUNKAN berat badan untuk dapatkan berat yang ideal untuk hindar dari penyakit..memudahkan menjalankan ibadat... yang penting niat kena betul ... Setakat 12 Januari 2017 berat yang dah berjaya diturunkan kini 5 kg !!!! Hopely tercapai target 50 kg sahaja kalau dapat 48 or 49kg lagi best!!!

Throwback!!!! Jenjalan di hujung akhir tahun 2016

Demi menunaikan permintaan cucu, selepas menghadiri majlis perkahwinan di Wangsa Maju, terus ke Jusco lupalah pulak nama sekarang... then terus ke IOI Putrajaya .... just window shopping... makan2 ....Yang penting mereka gembira !!!! 

Mana emaknyer !!! alahai kesian baru je keguguran. Tiada rezeki tetapi anak syurga tu lah yang akan bantu ibu dan bapanya di akhirat kelak. Semua kejadian ada hikmah disebaliknya...

Al fatihah untuk cucu ummi nie ... Semoga kita akan bertemu di akhirat kelak!!!

Throwback!!! Cream puff with creamy custard filling 27 Disember 2016

TQ Addina ....

Throwback!!! Cream Puff with creamy custard filling & brownise kedut 25 Disember 2016


TQ Yana !!!!

Throwback!!! Nona Manis Pandan & Jagung pada 21 Disember 2016

TQ Asnita ...

Throwback!!! Nona Manis Pandan & Jagung pada 23 Disember 2016

TQ Katty, MAHB.

Throwback!!! Red Velvet Cake with full cream cheese roses on 21 November 2016

 TQ Pn Mas. Semoga puashati dengan Red Velvet Cake tu....

Throwback!!!! Family Day di Melaka pada 17 & 18 Disember 2016


Jangan cemburi kebahagian SAYA!!!! keluarga KAMI !!!!
ANDA juga boleh bahagia. Semuanya terletak pada ANDA...pasangan ANDA...keluarga ANDA.. komitmen penting untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar!!!

Throwback!!!! Kek Fondant + Apam Polkadot + Nona Manis Pandan & Jagung 17 Disember 2016 (NORA) dan Asmidah - Apam Polkadot!!!






Hepy Besday Nora!!! 
TQ En. Din husband Nora coz sudi tempah dengan Ummi Riena untuk menjamu rakan2 bagi meraikan Hari Kelahiran isteri beliau - Pn Nora!!!!

Throwback!!! Cream puff with creamy custard filling ala2 ice-cream 16 Disember 2016

TQ Marie!!!!

Throwback!!! Apam Polkadot UR 15 Disember 2016


TQ En Megat !!!

Throwback!!!! Hepy Besday Adam 4 Disember 2016

 
Selamat Hari Jadi cucu ummi MUHAMAD ADAM!!! Dah 3 tahun ... dah besarpun cucu ummi. Bila berjalan dengan Ummi orang ingatkan anak tapi sebenarnya inilah CUCU Ummi ... handsome boy!!! kacukan Melayu + Cina tu .... tapi muka lebih ke Cina tu....

Throwback!!!! Kek Fondant Hantaran Perkahwinan pada 9 Disember 2016

 TQ Wina ... katanya bukan untuk dirinya tetapi untuk anak bossnyer!!!

#kekcoklatmoist
#salutbuttercream
#salutfullfondant
#gumpasteflower
#kotaktransparent
#hargaterlajakmurah

Throwback!!! Tart Gebus!!! Blueberry, Strawberry & Kiwi DAN Cream Puff with creamy custard filling ala2 ice-cream pada 4 Disember 2016



TQ Wina!!! .....

Throwback!!!!! Wedding Anniversary.... Ulangtahun Perkahwinan Ke-26 pada 1 Disember 2016


Alhamdulillah. 1 Disember 2016 genaplah usia perkahwinan kami yang ke 26. Walaupun dah menjangkau ke 26 tahun tapi rasa macam baru sahaja. Tipulah kalau kata tak pernah gaduh!!! tapi itukan asam garam hidup berumahtangga.  Tapi syukur alhamdulillah kami dapat selesaikan setiap masalah. Saya sebagai isteri memang respect kat hubby yang sabar dengan kerenah saya. Tipu kalau saya katakan tidak pernah ada yang mengacau sepanjang hidup berumahtangga. Lagi2 my hubby memang seorang yang ringan tulang, suka menolong, tutur katanya yang manis. Tu yang ada sampai naik angau. Kekadang saya nie yang malu dengan sikap sesetengan perempuan yang mudah jatuh cinta lebih2 lagi dengan suami orang. Sanggup menyerahkan mahkota!!! demi CINTA..SAYANG!! Ya Allah!!!! betapa murahkan erti harga diri!!!!

Untuk yang bergelar JAN_ _  lebih2 lagi yang dah 2 atau lebih berstatus JAN_ _ jangalah mudah terpedaya!!! Jagalah martabat sebagai seorang WANITA, IBU, NENEK!!! Jangalah mencari kebahagian dengan cara KOTOR!!! 
Ingat!!! disebabkan nila setitik habis susu sebelanga rosak!!! Status JANDA bukannya buruk tetapi yang memburukkan adalah sikap diri SENDIRI.

Wahai anak2 mama... cucu2 mama@ummi ...
Ingat pesanan mama@ummi jangan sesekali menyakiti hati kaum sejenis. Memang benar jodoh itu Allah swt tentukan tetapi kita sebagai manusia, telah diberi akal fikiran jadi sebelum bertindak, apa2 berfikirlah dulu!!!!! Fikirkan perasaan orang lain jugak ya ... 
Semoga kita semua disimpangkan dari perkara2 yang mengaibkan....

Lastly!!!! For my hubby .... LOVE U FOREVER
Terima kasih kerana antara berjuta AYG menjadi pilihan hati!!!!!

In syaa Allah selagi bernyawa kita akan sama2 mengharungi apa jua yang mendatang...sentiasa menyedarkan jika ada di antara kita yang terleka!!!!

Imbas kembali!!!
3 Januari 1990 pertama kali bertemu di Setapak (berdekatan Kem Wardieburn)
Julai 1990 ditunangkan
1 Disember 1990 disatukan dengan sekali lafaz

Tahun 1991
Kelahiran anak pertama tetapi Allah swt lebih menyanginyer 
Nurul Jazliana ... nama yang sering disebut setiap kali selepas solat

1992
Muhamad Firdaus
(berkahwin dengan seorang gadis Iban Sarawak (mualaf) dan dikurniakan sepasang anak perempuan dan lelaki berusia 6 dan 3 tahun)

1995
Keguguran diusia kandungan 4 bulan. Jantina tidak diketahui tetapi naluri menyatakan Perempuan!!!!

1997
Muhammad Fairus Shahmir
(businees man)

2002 
Muhammad Farriez Danial
(tahfiz)

2005
Nurfarisya Sofea
Bongsu!!!! adakah benar!!! ha3....







Throwback!! Nona Manis Pandan dan Jagung pada 25 November 2016

TQ Mimi ...

Throwback!!!! Majlis penyampaian hadiah di SKUS....

Tahniah!!! Akhirnya target tercapai!!!!
Tahun 2017!!! UPSR!!! Semoga berjaya!!!!

Throwback!!!! Bercuti bersama keluarga ... Penang 28 - 30 November 2016

Alhamdulillah. Tahun nie hala tuju ke Penang pulak. Dapatlah rehatkan minda...dapat lari dari tugasan harian yang tidak pernah habis. Syukur semuanya berjalan lancar.