Jumaat, 28 Februari 2014

Ole2 dari Washington - 28 Feb 2014

Ole-ole dari Washington. Thanks to Mr Shahrol Anuwar, World Bank, Washington.
Mengambil kesempatan bergambar bersama Special Officer my boss yang lama dan yang baru. Ade persamaan? 
Sebelum En Shahrol balik...sempat hulurkan Fancy Cookies untuk isteri beliau Pn Naqia. Hopely selamatlah sampai ke tangan Naqia..



Rabu, 26 Februari 2014

PROGRAM KEROHANIAN - MENANGANI TEKANAN FI TEMPAT KERJA BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM bersama Ustaz Don

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mendengar ceramah dari Ustaz Don. Sebenarnya terkejut jugak bila terlihat kelibat seorang lelaki yg berbaju kot tersenyum2... tak sangka itulah Ustaz Don. Penampilan yang berlainan. Tapi yang pasti dialah Ustaz Don. Disepanjang ceramah yg disampaikan memang tidak membosankan ... senang je menerima ilmu yang diberikan - 26 Feb 2014 - Masjid KLIA

PROGRAM "ORAT KLIA2 TRIAL OPERATION - 25 Feb 2014


Kali nie terlibat dengan trial operation KLIA2. Penat juga berjalan...banyak lemak yang cair...ha3. Group rina 10 orang. Destinasi dari KL ke Melbourne.... Walaupun penat tapi sebenarnya bangga jugak coz org luar tak tengok kita dah dpt tengok dulu .....

Isnin, 24 Februari 2014

Oreo Cheese Cake

Oreo Cheese Cake by Nurul, deco by me...just for Ustazah Atiqah. Happy Birthday - 24 Februari 2014

Kelas Asas Jahitan


Ada sesiapa yg bermimat untuk belajar menjahit (asas). Kelas diadakan di Semenyih. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi rina...atau guru berkenaan...

New Gajet from my hubby....

SURPRISE!!!....thanks to my hubby. Love you.....muah!muah!muah... 22 Feb 2014. Sebenarnya tak mengharapkan sangat gajet berkenaan cuma yang penting kasih sayang dan kejujuran yang diberikan. Tetapi alhamdulillah...menerima apa jua yang diberikan. Kata orang rezeki jangan ditolak ...

Isnin, 17 Februari 2014

Roti ...Oh....Roti

Tak pernah jemu ... semalam 16 Feb 2014 buat lagi ...

Fancy Cookies


Minggu nie 15 Feb 2014 sibuk menyiapkan Fancy Cookies atau nama lainnya Biskut Lidah Kucing. Memandangkan cookies yang rina buat nie berlainan sikit deco tu yang ubah ke Fancy Cookies. Kalau teringin bolehlah hubungi rina di rina.rozi7369@gmail.com. Warna boleh ikut pilihan citarasa tetapi dihadkan 2 warna sahaja. 

Bekas Kecil
30 - 35 pcs - RM15/=

Bekas Besar/Cookies
50 - 60 pcs - RM25/=

Rabu, 12 Februari 2014

MIRACLE SLIMMING COFEE untuk KURUS!!!

 

Teruja dengan iklan baru, akhirnya terjebak jugak. Nie bukannya yang pertama. Tapi sebenarnya dah bermacam produk dicuba. Nak naik badan memang cepat tapi bila nak turun ya Allah macam semut. Dari harga serendah-rendah hinggalah mencecah ribuan ringgit. Tapi hampeh!!!. Memang susah sangat. 
Kali nie tanpa rasa serik mencuba pula produk nie. Semalam balik dari pejabat terus singgah ke salah sebuah kedai yang berhampiran dengan rumah.  Harga yang diberikan RM90. Kira oklah tu. Kalau nak beli by online pun sama jugak. Kena tunggu 2/3 hari baru dapat. Nie beli terus dapat...
Pagi nie 12 Februari 2014 bermulalah dengan meminum benda alah tu ... Nak tunggu 7 hari baru nak timbang. Betul ke tidak dengan iklan yang diuar-uarkan dan digembar-gemburkan itu... Nantikan ....ha3.
*INFO Miracle Slimming Coffee*
MIRACLE SLIMMING COFFEE merupakan satu lagi produk keluaran IRICH RESOURCES yang baru dilancarkan disamping produk meletop mereka PERLA COFFEE. 

Miracle Slimming Coffee satu-satunya minuman pelangsingan berperisa kopi yang sedap dan dijamin berkesan dalam masa 7 hari tanpa perlu berdiet sakan!!

Menggunakan bahan-bahan yang berkualiti seperti berikut :

1) Garcinia Cambogia
Supplemen dari jenis herba yang dipasarkan sebagai agen penurunan berat badan kerana ia mengandungi kompaun bernama Hydroxycitric Acid (HA) yang membantu merawat obesiti.

Herba ini mampu : 
Ø Mengawal selera makan selama beberapa jam lamanya
Ø Mendapat lebih tenaga untuk aktiviti fizikal
Ø Mengurangkan nafsu untuk makan
Ø Menaikkan kadar metabolisme dan pembakaran kalori
Ø Menurunkan berat badan dengan berkesan dan terkawal
Ø Membakar lemak badan dengan pantas

Ø Mengawal berat badan dengan muda
Kebaikan Garcinia Cambogia:
Ø Berkesan mengurangkan berat badan
Ø Menghalang pembentukan lemak

Ø Mengurangkan kolestrol
Ø Menambahkan tenaga

Ø Merawat masalah kemurungan, susah tidur

2) L-Carnitine
Fungsi utama dari carnitine di dalam tubuh adalah untuk mengatur oksidasi lemak (membakar lemak). Ia bertanggungjawab untuk mengankut lemak ke tungku pembakaran lemak dlam sel tubuh, yang disebut dengan mitokondria. Lemak tidak akan bisa dioksidasi jika lemak tidak dapat mencapai mitokondria, sekeras apapun anda melakukan senaman atau melakukan diet tegar.

3) Slim Herbs
Diformulasikan daripada beberapa herba terpilih yang dipercayai keberkesanannya



Cara Mengamalkan : 
Ø Ambil 2scoop sehari 30minit sebelum sarapan pagi
Ø Campurkan dengan secawan air suam 
Ø Banyakkan minum air putih utk proses detokfikasi yang cepat

Berat / Jar: 500gram

Selasa, 11 Februari 2014

Teknik ....

Dah lama tak berjumpa hari nie baru bertemu. Siapa lagi kalau bukan isteri my boss Puan Sri Hayati. Tapi yang kelakarnya bila dah bersalam sempat ratap wajah Rina. Merah padam rasanya muka nie. Boleh ke dia tanya "Rina ada buat pembedahan hidung ke?" Bila rina tanya kenapa, boleh dia jawab "hidung dah nampak mancung".  Ha3 ...taulah hidung nie taklah semancung mana tapi dengan teknik solekan hasil tunjuk ajar my sifu "Pn Fatimah Ishak" nampaklah mancung Cik Puan Sri oooiii. Boleh pulak keluar statement "Si Ajai tu pun kan hidungnya mancung...baru buat operation mancungkan hidung". Alahai "manalah rina ada banyak duit nak buat operation tu...".



Time nak balik sempat lagi mengusik "Nanti tolong trim kening saya ya....pandai rina buat". Aduh!! memang dia perhatikan betul. Apa2pun terima kasih pujian tu. Sesungguhnya semuanya dari Allah swt. Dia yang mencipta mahkluknya....semua ciptaanNya cantik cuma yang menbezakan sikap, keperibadian dan perangai seseorang tu.... Jika ikhlas ... nampaklah di nur di wajahnya.... ceh wah!!! ha3...

Tapi yang pasti hari nie 3 orang memuji kecantikan aku Pn. Gee, Ani dari BLT dan Pn Sri ...... dengan teknik solekan & gaya bertudung. Yes! Berjaya ...

Ahad, 9 Februari 2014

Kek Coklat Moist & Cream Cheese Oreo

Menunjuk ajar menantu membuat Kek Coklat Moist. Sesiapa berminat bolehlah hubungi Nurul. Harga RM15 satu.

Tunjuk ajar dari Wina....nielah hasilnya. Kek nie basil tangan Wina & my menantu Nurul Asyiqah...Berminat? RM30 satu..

Roti Lagi.....

Alhamdulillah....cuti hujung minggu buat lagi roti. Kali nie guna mixer heavy duty dan bahan pelembut ditambah dgn ramuan tepung dgn air yg telah dimasak... Hasil memang tak mengecewakan....

Khamis, 6 Februari 2014

Green Day 2014 - MAHB - 5 Februari 2014

 Alhamdulillah tahun nie dapat sekali lagi joint Green Day 2014 tapi kali di di CRS Area, Level 3, Main Terminal Building, KLIA.


 Pertandingan "Batu Seremban"

 Pertandingan "Ceper"

 Berpossing sebentar sebelum balik ...


Alhamdulillah kali nie dapat no bertuah ..... balik tanpa tangan kosong...