Rabu, 26 Mac 2014

Bread Maker

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak bread maker idaman kalbu. Sebenarnya sebelum nie dah banyak servey tapi rata2 harga semuanya mahal. Ade terbaca kat blog member yg maklum dia hanya beli di Tesco dengan harga yg murah. Jadi sejak tu selalulah jengok kat Tesco tapi tak de offer je. Kebetulan minggu lalu pergi ke Tesco area Kajang, ternampak pamplet Tesco jualan barang elektrik.....and terlihatlah pulak breadmaker tu. Tapi hampeh tak ade stok. Bila pergi ke Tesco Semenyih...hampa jugak tapi entah mcm mana hubby siap bagi no hp dia kt staff tu mohon maklum jika stok sampai. Jeng! Jeng! Jeng.... semalam (Selasa 25 Mac) hubby call katanya staff Tesco call maklum bread maker dah sampai. Yang terasa hati sangat staff tu sanggup simpankan sebelum kami sampai....Terima kasih tidak terhingga... yang paling best harganya pun murah dari harga yg tertera cuma RM199 saje..... Lepas nie bolehlah meroti lagi... Thanks darling...my hubby...

Mix Pretzels

Tempahan mix pretzels dari member office- Pn Norazlin dengan harga promosi. Thanks Lin....- 26 Mac 2014

Jumaat, 21 Mac 2014

Kek Birthday (Coklat Moist) with Edible Image

Alhamdulillah siap jugak akhirnya...memasak, mendeco dari jam 7.30 pm. Sempat ambil anak tuition lagi... Tempahan dari officer yg tidak dpt ditolak walaupun sebenarnya dah malas. Tetapi mungkin rezeki...alhamdulillah.... Tq En Roslan.

Khamis, 20 Mac 2014

Cenderhati untuk member office ....

Khas untuk member office... Cik Rozita & Pn Norazlin. Happy Birthday both of you. Sorry di atas kelewatan - 16 Mac 2014

Selasa, 18 Mac 2014

Kelas Donut dan Roti Kentang - 15 Mac 2014

Alhamdulillah .... kali nie merajinkan diri menghadiri Kelas Donut dan Roti Kentang yang dihadiri hanya 2 orang saje. Peserta sorang tu dari Rinching - Pn Ju pengusaha kantin sekolah. Kali ini mendapat satu lagi ilmu di mana cara pembuatan adalah berbeza dari apa yang dipelajari sebelum ini. Tu yang seronok. Mudah faham. Thanks Chef Nafisah di atas tunjuk ajar yang diberikan - 15 Mac 2014 - Mama's Choice.



Chocolate Fountain


Alhamdulillah akhirnya 4 Mac 2014 dapat juga memiliki Chocolate Fountain sendiri dengan harga yang berpatutan.
Terima kasih Chocolate Fountain



Selasa, 4 Mac 2014

Herbalife...

3.3.2014 mencuba produk baru untuk menguruskan badan. Emm... macam2 dah cuba tapi ukuran berat statik je tak pun turun2. Hopely dengan produk nie akan berjaya ... 3 produk nie adalah produk yang disarankan mengikut bajet yang ada .... Tunggu sebulan baru nak timbang .. harap2 tidak mengecewakan ...