Alhamdulillah...tambah satu lagi kursus/seminar/workshop untuk tahun nie. Keseluruhan workshop kira oklah cuma rasa tak puas hati bila rina cuba tanyakan beberapa soalan kepada salah seorang ahli panel ... jawapan yang diberikan acuh tak acuh. Rina rasa kalau betul2 nak beri ilmu berilah seikhlasnya. Tak perlu nak lari soalan... konon2 sibuk... hampeh!!!!
At last cik google juga yang dapat membantu
Cara
saintifik untuk menentukan bentuk wajah
Untuk mengetahui bentuk wajah anda,
sila ukur menggunakan pita pengukur atau pembaris. Catat ukuran tersebut.
- Ukur lebar dahi anda (kanan ke kiri, ambil ukuran
paling lebar). Biasanya titik terlebar pada wajah adalah di antara bulu
kening dan garis anak rambut anda.
- Ukur wajah anda di bahagian atas tulang pipi anda
(lebar tulang pipi).
- Ukur pada garis rahang (kanan ke kiri, ambil ukuran
paling lebar).
- Ukur panjang dari garisan anak rambut anda ke bahagian
bawah dagu anda.
Bentuk Wajah dan Ciri-ciri umum
Muka
Bentuk Bujur (Oval Face)
Panjang sama dengan satu setengah
kali lebar (Contoh: panjang 18 cm, lebar 12 cm).
Muka
Bentuk Panjang (Long Face)
Panjang lebih
daripada lebar. (Contoh: panjang 16 cm, lebar 12 cm)
Muka
Bentuk Bulat (Round Face)
Lebar dan panjang muka sama (Contoh:
panjang 15 cm, lebar 15 cm).
Muka
Bentuk Hati (Heart Face)
Bentuk wajah
sempit pada garis rahang, lebar di dahi dan tulang pipi.
Muka
Bentuk Petak (Square Face)
Dahi, garis
rahang dan tulang pipi yang hampir sama lebar.
Muka
Bentuk Permata (Diamond Face)
Pipi luas, dahi
dan garis rahang yang sempit.
Muka
Bujur Sireh
Bentuk yang
sangat ideal. Kawasan di bahagian pipi lebih kecil berbanding dengan kawasan
dahi. Tulang pipi lebih tinggi/menonjol.
Muka
Bentuk Segitiga (Triangle Face)
Ukuran
lebar dahi yang kecil. Kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas