Alhamdulillah. Tempahan dari kawan hubby 27 Okt 2014 - Red Velvet Cake with Cream Cheese and Fresh Cream...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera terutama untuk warga Semenyih, Kajang dan sekitarnya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Ummi Riena. Sekiranya ANDA berminat untuk mendapatkan hasil kerja tangan Ummi Riena,bolehlah hubungi Ummi Riena melalui whatsapp 0166494540. In syaa Allah setiap pertanyaan akan dijawab seberapa segera. Memandangkan membaking adalah secara part time, jadi Ummi Riena akan block tarikh tempahan mengikut kata pepatah "Siapa Dulu Akan Didulukan".
Isnin, 27 Oktober 2014
Red Velvet Cake
Selasa, 14 Oktober 2014
Ber'grooming'.............
Alhamdulillah...tambah satu lagi kursus/seminar/workshop untuk tahun nie. Keseluruhan workshop kira oklah cuma rasa tak puas hati bila rina cuba tanyakan beberapa soalan kepada salah seorang ahli panel ... jawapan yang diberikan acuh tak acuh. Rina rasa kalau betul2 nak beri ilmu berilah seikhlasnya. Tak perlu nak lari soalan... konon2 sibuk... hampeh!!!!
At last cik google juga yang dapat membantu
Cara saintifik untuk menentukan bentuk wajah
Untuk mengetahui bentuk wajah anda,
sila ukur menggunakan pita pengukur atau pembaris. Catat ukuran tersebut.
- Ukur lebar dahi anda (kanan ke kiri, ambil ukuran
paling lebar). Biasanya titik terlebar pada wajah adalah di antara bulu
kening dan garis anak rambut anda.
- Ukur wajah anda di bahagian atas tulang pipi anda
(lebar tulang pipi).
- Ukur pada garis rahang (kanan ke kiri, ambil ukuran
paling lebar).
- Ukur panjang dari garisan anak rambut anda ke bahagian
bawah dagu anda.
Muka
Bentuk Panjang (Long Face)
Panjang lebih
daripada lebar. (Contoh: panjang 16 cm, lebar 12 cm)
Muka
Bentuk Bulat (Round Face)
Lebar dan panjang muka sama (Contoh:
panjang 15 cm, lebar 15 cm).
Bentuk wajah
sempit pada garis rahang, lebar di dahi dan tulang pipi.
Muka
Bentuk Petak (Square Face)
Dahi, garis
rahang dan tulang pipi yang hampir sama lebar.
Pipi luas, dahi
dan garis rahang yang sempit.
Muka
Bujur Sireh
Bentuk yang
sangat ideal. Kawasan di bahagian pipi lebih kecil berbanding dengan kawasan
dahi. Tulang pipi lebih tinggi/menonjol.
Muka
Bentuk Segitiga (Triangle Face)
Ukuran
lebar dahi yang kecil. Kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas
Rabu, 8 Oktober 2014
Talam Pelangi ...
My first customer for Talam Pelangi. TQ Azie coz sudi menempahnya dari Rina 4 Oktober 2014. Feedback yang diterima membuatkan hati nie gumbira sangat ...
Kelas Roti Online 1 Oktober 2014
Alhamdulillah akhirnya Pn Noriah seorang pengusaha roti dan donut sudi berkongsi resepi roti yang boleh dipelbagaikan dengan modal yang ekonomi dan hasilnya sangat memuaskan. Jenuh jugak memujuk. Macam2 cara nak lembutkan hati Kak Noriah nie .... akhirnya dapat juga. Segan bila dapat resepi free jadi untuk dijadikan kenangan rina belikanlah sepasang baju JUBAH coklat yang harganya yang berpatutan sebagai kenang-kenangan ,,,,
Zoo Negara
Melayan karenah anak2 dan cucu-cucu. Mengambil kesempatan sempena Cuti Hari Malaysia pada 16 September 2014. Suka sangat bila melihat telatah anak2 dan cucu2 bila melihat binatang2 di Zoo Negara
Kelas Talam 13 September 2014
Menimba ilmu dengan menghadiri Kelas Talam bersama Sifu Zuraini, Kajang pada 13 Sept 2014. Disebabkan my hubby suka sangat talam jadi setelah membelek2 blog dan internet akhirnya memanjangkan langkah menghadiri Kelas Talam beliau ... selain untuk hubby, untuk keluarga boleh juga menambah pendapatan.
Maruku ....
Sebenarnya dah lama tak ambil tempahan... tetapi bila ada yang request rina gagahi juga. Kata orang rezeki jangan ditolak. Rezepi sempena Hari Raya Aidiladha ..30 Sept 2014
Bengkel Makeup Sendayu Tinggi
Menambah ilmu yang sedia ada dengan menghadiri Kelas/Bengkel Makeup Sendayu Tinggi Bersama Yati di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 6 September 2014.
Cameron Highlands
30 Ogos 2014 - 1 Sept 2014 - Sempena Cuti Sekolah mengambil kesempatan membawa anak2 bercuti ke Cameron Highland. Merehatkan minda ..
Bertemu Kembali ........
Alhamdulillah selamat bersua kembali. Hampir beberapa bulan tidak dapat meng'update blog hari nie barulah diberi kesempatan. Banyak cerita yang hendak dikongsi bersama tetapi kesempitan waktu membuatkan diri ini pasrah.... he3...
Langgan:
Catatan (Atom)