Tempahan Kek Harijadi dari Pn Zarina (Vanilla Butter Cake - buttercream). Siap deco dengan patung Spiderman, tepi kek dihiasi dengan coklat & ditampal dengan kertas edible image Harap berpuashati 13 April 2013.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera terutama untuk warga Semenyih, Kajang dan sekitarnya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Ummi Riena. Sekiranya ANDA berminat untuk mendapatkan hasil kerja tangan Ummi Riena,bolehlah hubungi Ummi Riena melalui whatsapp 0166494540. In syaa Allah setiap pertanyaan akan dijawab seberapa segera. Memandangkan membaking adalah secara part time, jadi Ummi Riena akan block tarikh tempahan mengikut kata pepatah "Siapa Dulu Akan Didulukan".
Sabtu, 13 April 2013
Kek Hari Jadi (Vanilla Butter Cake with topping buttercream)
Ole-ole dari Kak Simah, BPMB
Nasi Kerabu special dari Kak Simah.... 1 untuk Rina dan 1 lagi utk boss...
Balasan dari Rina untuk Kak Simah (Kek Karamel)
Rabu, 10 April 2013
Vanilla Butter Cake
Terpanggil nak buat kek nie coz ada customer yang request. Nie first time mencuba dan membuat "Vanilla Butter Cake" tanpa sebarang decoration. Hasilnya ... memang memuaskan. Tidak rugi mencuba resepi nie. Jadi untuk customer yang request tu in sya Allah, saya akan tunaikan hajat tu ....
Isnin, 8 April 2013
SOUFFLE CUP & KOTAK CUPCAKE
Souffle Cup Saiz 2 oz (S) ataupun Saiz 2.5 oz (M)
Kotak Cupcake
Untuk makluman pelanggan Lovely D'Cakes, pihak kami hanya menggunakan souffle cup untuk semua cupcake yang ditempah...bukan Cupcake Paperl Liner ya...
Cupcake Oreo Togel ......
Projek weekend - 7 April 2013 - Cupcake Biskut Oreo tapi togel hanya untuk makan-makan sahaja. Request dari anak - Syasya coz katanya dia ada bagitau kat ustazah weekend nie mama nak buat cupcake oreo & ustazah ada minta katanya .... So kalau tak buat takut si Syasya berkecil hati ... jadi dengan meringankan tangan jadilah Cupcake Oreo togel (tanpa topping).
Jam tangan baru woooooo
Terima kasih ..... my hubby coz hadiahkan jam tangan. Bila tengok kotak jam sebelum nie (jam yang selalu gune) rupa-rupanya tu tahun 2010. Emmm...dah agak lama tapi masih elok .... memang tak pernah buat ragam. Jadi kali nie pun brand yang sama ... cuma bentuk je berlainan. Baru bercadang nak beli yang cap ayam je ... nampak design cantik2 tapi bila my hubby dah belikan yg orginal & ada warranty lagi ... terpaksalah batalkan niat tu. Kalau tak pakai yang baru nie ... apa pulak dia cakap .... anywhere thanks a lot ... umppphhh I LOVE YOU my hubby.....
Selasa, 2 April 2013
Bonus Staff MAHB 2012 !!!!
Alhamdulillah ...... walaupun tak sampai setahun berkhidmat di MAHB, dapat jugak bonus. Nie yang dikatakan rezeki terpijak ... Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan atasan MAHB especially my boss YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi MAHB. Kepada sesiapa yang ingin mencurahkan bakti kepada MAHB, peluang pekerjaan sentiasa terbentang luas. Apatah lagi KLIA2 akan dibuka .... Jawatan kosong memang sentiasa ada. Kalau berminat bolehlah ke http://impact-my.jobstreet.com/jobs/jobs.asp?eid=3297788&fil=1
Langgan:
Catatan (Atom)












