Isnin, 13 Mei 2013

Hari Ibu 12 Mei 2013 dan Majlis Ringkas Hari Jadi Nurul

 Kek Sponge Pandan special untuk sambut Hari Ibu & Hari Jadi Nurul...


 Kali nie mencuba kek sponge pandan .... resepi google kat internet. Memang berbaloi mencuba kek nie. Lembut bak kapas .... 

 Malam .... tak perlu masak .... hubby sponser beli lauk ..... Terima kasih..

 Selamat Hari Ibu untuk bonda, Hajah Alimah bte Hj Belaji, menantu Nurul Asyiqah Qasrina and me!!! Jasamu ibu akan ku ingati hingga ke akhir hayat... Sayang EMAK.... umpphhhh
Memandangkan hari jadi nurul pun tidak jauh jaraknya dengan Hari Ibu, kami sepakat untuk raikannya serentak... Happy Birthday Nurul... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bersabar dalam mengharungi hidup berumahtangga ya....

Jumaat, 10 Mei 2013

Mesin Tart Manual


Alhamdulillah akhirnya dapat juga mesin tart idaman.... Terima kasih kat Lia Mohd Khilmi  dan Shanisda Delights. Tanpa awak berdua...tak mungkin rina dapat memilikinya..

Rabu, 8 Mei 2013

Percutian Ke Kuching (30 April - 5 Mei 2013)

Percutian yang telah dirancang dari tahun lepas lagi. Tapi tak sangka pula jatuh hari mengundi. Tapi apa kan daya .... dari hangus duit...pergilah juga...  
 
Sementara menunggu flight kami sekeluarga makan di Mc Donald's. Memandangkan Rina nie kan staff MAHB...dapatlah juga diskaun masa beli kat sini..

Kami sekeluarga sampai di Kuching agak lewat malam. Flight yang dipilih sebelum ini telah dilewatkan jadi kami sampai dalam jam 12.30 pagi pada 1 Mei 2013..... 

Sampai je kat lapangan terbang, kami naik kereta yang disewa terus ke tempat penginapan "John's Place". Tempat nie tuan kereta sewa yang cadangkan coz tempat tu memang betul2 kat bandar Kuching. Kalau nak berjalan kaki pun boleh .... Harga pun berpatutan..





Nie adalah beberapa kedai makan yang sempat kami kunjungi selain dari di Shopping Complex. Ohhhh ya kami juga ada singgah makan di Restoran Nusantara... Restoran di Bangunan Pasar Satok.
Setakat nie tekak masih boleh menerima menu-menu yang diorder ....
 Mee Kolok ....
 Laksa Sarawak...

Sepanjang kami di Sarawak kami sempat pergi beberapa tempat di Sarawak ...
 Bergambar kenangan kat Patung Kuching
 Naik sampan di Sg Sarawak
 
 Muzium Kuching..
Replika Burung Enggang 
 Pantai Damai ....
 Lihat tu .... kat belakang Gunung Santubong..
Kampung Budaya Sarawak ... tempat nie sekadar lalu je coz bayaran masuk yang tinggi..

 Ambil kesempatan ke Pasar Satok .... kat sini hubby beli ikan masin terubuk dengan kek lapis Sarawak untuk dibawa balik ke Semenanjung sebagai ole-ole..
Pusing punya pusing at last dapat juga mutiara yang berkenan di hati....


Malam terakhir .... menghabiskan masa di Waterfront ......

Seminar Apresiasi Setiausaha 2013

Sesi 1 - Motivasi dan Jati Diri dalam Pembangunan Kerjaya bersama Y.Berusaha Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.
Sesi 2 - Perisai Buat Wanita disampaikan oleh Encik Airol Irwan Limin. Si Mawar member dari MAHB turut sama .....
 Menu makanan tengahari ..... sambil makan kami dihiburkan oleh penghibur sensasi MAWI



 Bergambar kenangan bersama member-member MAHB

 Pn Rozana dari MAHB menjadi model dalam Sesi 3 - Tampil Berimej & Bergaya bersama Puan Aziah Jasmin Azizul

Nina member dari MAHB tidak ketinggalan menjadi salah seorang peserta volunteer ...

Kami balik dengan tangan penuh .... ada pelbagai jenis buku, ada jamu mak dara, pencuci muka Leesa .... seronok sesangat ....

Mesyuarat Agung Tahunan Aeronita Ke-19

 
 YBhg. Puan Sri Datin Sri Hayati Omar, Penaung Aeronita menerima cenderhati dari Pn. Ir Suradini.

 Makan siap terhidang ..... seronok juga menjadi pengiring YBhg Puan Sri Hayati

 Kehadiran ahli yang sangat menggalakkan, katanya di luar jangkaan (dalam 400 orang)

 YBhg Puan Sri Hayati turut sama berqasidah ......


Staff dari Eraman & MAHB membuat persembahan .....



 Pertandingan pakaian cantik .......

Alhamdulillah .... 26 April 2013, Persatuan AERONITA selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 di Anjung Tinjau, KLIA. Rina pergi mengiringi YBhg Puan Sri Hayati Omar sebagai Penaung AERONITA. Seronok juga jadi pengiring....