Selasa, 7 Januari 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Murid SK ULU SEMENYIH & SKA KG PASIR pada 16 November 2013

 

 Sesi pagi majlis di SKUS ....


Sesi petang di SRA 
Tahniah Danial!!! Semoga tahun 2014 dan tahun-tahun seterusnya lebih berjaya

Happy Birthday to my hubby ..... 8 November 2013

 
Kek Coklat Homemade dari jari-jemariku...
 


 Alhamdulillah dahpun menjangkau 4+ tahun usia suamiku. Semoga dengan peningkatan umur akan lebih matang menghadapi masa-masa mendatang...dapat memikirkan baik buruk sebelum membuat sesuatu perkara. Doa kami sekeluarga semoga hubby dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki sentiasa dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. I LOVE YOU ever and ever....



Majlis Pernikahan & Persandingan my cousin di Johor - Adawiyah (26 Oktober 2013 & 2 Nov. 2013)

 Majlis Pernikahan dan Persandingan sebelah perempuan di Batu Pahat, Johor pada 26 Oktober 2013.
 
 Hai Adawiyah!!! Dari kami sekeluarga "Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu dan ke jannah hendaknya..."

 Persandingan sebelah lelaki pula pada 2 November 2013 di Hotel Cerana, Cheras ..



Isnin, 21 Oktober 2013

Inai Henna

Minggu nie 19 & 20 Oktober free .. tak ke mana-mana lagipun hubby
kurang sihat. Jadi untuk mengisi masa lapang yang terluang jari-jari anak jadi mangsa apa lagi melukislah .....

Isnin, 14 Oktober 2013

1MCC - Astro Kem BOLA 2013 pada 13 Oktober 2013



Minggu lepas 13 Oktober 2013 hubby & me gagahkan juga ke Datara Petaling Jaya untuk menyertai Astro Kem BOLA 2013. Untuk permohonan online dah banyak kali buat tetapi memang malang memang susah sangat. At last hubby nekad pergi terus. Sampai sana dimaklumkan penyertaan memang dah penuh. Bila tengok muka Danial memang sedih. Tetapi kerana minat, anak dan ramai lagi yang senasib menunggu dan terus menunggu. At last dlm jam 2.30 pm pihak urusetia bersetuju untuk mengambil mereka untuk berlatih dan sekiranya berjaya menambat hati, mereka berpeluang untuk menjalani latihan profesional di Cardiff, UK!!!!!

Inai Henna

Sabtu yang lepas 12 Oktober 2013 .... saje2 je  singgah ke salah sebuah Butik Pengantin India di area rumah. Kali ini si anak - Nurfarisya Sofea jadi mangsa eksperimen...Dengan RM20 tangan si anak dilukis dengan inai henna. Yang special inai nie akan kering dan mengelupas dengan sendiri tak sampai 1/2 jam. Warnanya pun cantik tapi yang tak best nyer .... tak tahan lama. Tak sampai seminggu warna dah pudar... Ambil kesempatan beli jugak inai RM5...balik kaki anak jadi mangsa ha3..

Jumaat, 11 Oktober 2013

Rainbow Crunchy Cookies@Fancy Cookies

Tempahan dari member sepejabat, Neena - 11 Oktober 2013. "Rasa sekali nak lagi ... " Thanks Neena.