Isnin, 19 Januari 2015

Imbau Kembali Disember 2014

Emmm... dah lama tak update blog almaklumlah kekadang busy kekadang ok. Kita imbau kembali Disember 2014

Dah besar cucu umi nie si Adam. Semoga Adam menjadi anak yang soleh, mendengar kata orang tua dan berjaya di dunia dan di akhirat kelak (4 Dis 2014)



 Cuti-cuti Malaysia ke Pangkor 11-13 Dis. 2014

Tempahan tart buah & roti sarang lebah dari member Wina. TQ Wina - 15 Dis 2014.

Kali nie untuk Wina sendiri. TQ ...

Fermenting box/Proover box khas untuk mengembangkan roti dan coller trolley. Alhamdulillah tq my hubby. Dapatlah jimatkan masa ...10 Dis 2014

Cream Puff dengan cream ala2 ice cream. Tempahan dari member pejabat. Alhamdulillah - 24 Dis 2014

Cuti-cuti Malaysia .. cuti akhir tahun. Pergi memancing ke Kelong, Teluk Gong - 28 Dis. 2014. Tapi tak berapa happy coz anak No 2 - Fairus dan No. 3 Danial demam... Malam tu si hidung si fairus berdarah. Tak sabar rasanya nak balik ...

  

Kan betul ... sampai je kat rumah, husband terus bawa si Fairus ke Klinik Panel dan dapatkan surat untuk dapatkan rawatan pakar KPJ. Di sana confirm POSITIF denggi tahap kritikal terus dimasukkan ke wad ICU. Tapi alhamdulillah hari kedua masuk ke wad biasa. Jenuhlah mencari penawar denggi. Sup ketam.. jus betik. Semua dicuba. Masuk 28hb Dis. keluar 30 Dis. Nasib baiklah company bayo.
Memandangkan si adik - Danial pun demam tak kebah2. Husband terus buat rawatan kecemasan di KPJ... sah sorang lagi kena denggi. Mak ai .... cuti yang tak bermakna langsung. Berulang alik dari rumah ke hospital... berkampung di hospital pulak.
   
Alhamdulillah 2hb Januari 2015 akhirnya dapat juga Danial keluar dari KPJ Kajang... Aamiin.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan