Khamis, 12 Januari 2017

Throwback!!!!! Wedding Anniversary.... Ulangtahun Perkahwinan Ke-26 pada 1 Disember 2016


Alhamdulillah. 1 Disember 2016 genaplah usia perkahwinan kami yang ke 26. Walaupun dah menjangkau ke 26 tahun tapi rasa macam baru sahaja. Tipulah kalau kata tak pernah gaduh!!! tapi itukan asam garam hidup berumahtangga.  Tapi syukur alhamdulillah kami dapat selesaikan setiap masalah. Saya sebagai isteri memang respect kat hubby yang sabar dengan kerenah saya. Tipu kalau saya katakan tidak pernah ada yang mengacau sepanjang hidup berumahtangga. Lagi2 my hubby memang seorang yang ringan tulang, suka menolong, tutur katanya yang manis. Tu yang ada sampai naik angau. Kekadang saya nie yang malu dengan sikap sesetengan perempuan yang mudah jatuh cinta lebih2 lagi dengan suami orang. Sanggup menyerahkan mahkota!!! demi CINTA..SAYANG!! Ya Allah!!!! betapa murahkan erti harga diri!!!!

Untuk yang bergelar JAN_ _  lebih2 lagi yang dah 2 atau lebih berstatus JAN_ _ jangalah mudah terpedaya!!! Jagalah martabat sebagai seorang WANITA, IBU, NENEK!!! Jangalah mencari kebahagian dengan cara KOTOR!!! 
Ingat!!! disebabkan nila setitik habis susu sebelanga rosak!!! Status JANDA bukannya buruk tetapi yang memburukkan adalah sikap diri SENDIRI.

Wahai anak2 mama... cucu2 mama@ummi ...
Ingat pesanan mama@ummi jangan sesekali menyakiti hati kaum sejenis. Memang benar jodoh itu Allah swt tentukan tetapi kita sebagai manusia, telah diberi akal fikiran jadi sebelum bertindak, apa2 berfikirlah dulu!!!!! Fikirkan perasaan orang lain jugak ya ... 
Semoga kita semua disimpangkan dari perkara2 yang mengaibkan....

Lastly!!!! For my hubby .... LOVE U FOREVER
Terima kasih kerana antara berjuta AYG menjadi pilihan hati!!!!!

In syaa Allah selagi bernyawa kita akan sama2 mengharungi apa jua yang mendatang...sentiasa menyedarkan jika ada di antara kita yang terleka!!!!

Imbas kembali!!!
3 Januari 1990 pertama kali bertemu di Setapak (berdekatan Kem Wardieburn)
Julai 1990 ditunangkan
1 Disember 1990 disatukan dengan sekali lafaz

Tahun 1991
Kelahiran anak pertama tetapi Allah swt lebih menyanginyer 
Nurul Jazliana ... nama yang sering disebut setiap kali selepas solat

1992
Muhamad Firdaus
(berkahwin dengan seorang gadis Iban Sarawak (mualaf) dan dikurniakan sepasang anak perempuan dan lelaki berusia 6 dan 3 tahun)

1995
Keguguran diusia kandungan 4 bulan. Jantina tidak diketahui tetapi naluri menyatakan Perempuan!!!!

1997
Muhammad Fairus Shahmir
(businees man)

2002 
Muhammad Farriez Danial
(tahfiz)

2005
Nurfarisya Sofea
Bongsu!!!! adakah benar!!! ha3....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan