Isnin, 17 Disember 2012

Weekend - i-City (16 Disember 2012)

  Me and my family .... I LOVE YOU all.....

Fairus, Danial, Syasya & Nina ........
 
 Pada mulanya husband minta Syasya & Nina naik tapi rupa-rupa hanya untuk 4 tahun ke atas sahaja. Jadi si Nina terpaksalah mengalah ...

 Nina dengan muka monyoknya....

Danial & Syasya .....

 My mom and my pak cik..


Layan ......weekend 16 Disember 2012 - i-City. Ramai orang memperkatakan dan menceritakan tentang i-City jadi Rina sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengunjungi tempat berkenaan. Perjalanan ke i-City pada mulanya memanglah hujan turun renyai2 tapi alhamdulillah bila sampai di sana hujan berhenti .... Anak2 seronok...lebih2 lagi cucu si kenit tu tak habis2 kata cantik....cantik...... Masa balik pe ke ne nasi lemak antarabangsa kat Kg Baru ....

Rabu, 12 Disember 2012

Kek & Cupcake Coklat Moist Edible Image

 Cupcake Edible Image - Naruto

 Kek Coklat Moist - Edible Image



Tempahan dari Pn Ita, Tourism - 11 Disember 2012. Terima kasih ya Ita coz sudi tempah lagi untuk tahun nie ....

Isnin, 3 Disember 2012

Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-22 pada 1 Disember

 Kek ringkas - Cheese Cake with blueberry & strawberry ... nyum...nyum...nyum..

Alhamdulillah .... pejam celik....pejam celik dahpun menjangkau 22 tahun usia perkahwinan antara Rina & suami Mr. Rozi. Sepanjang 22 tahun memang banyak onak dan duri yang terpaksa ditempohi...tetapi alhamdulillah berkat kesabaran dan doa sentiasa kepada Allah S.W.T semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik .... apa yang penting di dalam alam rumah tangga adalah sikap JUJUR dan saling MEMPERCAYAI dan MEMAAFFI. Kalau tak jujur hancur semuanya. Anywhere I LOVE YOU MR. ROZI ever & ever ....

Jalan-jalan Ke Bandung, Indonesia - 26 - 29 Nov. 2012

 Bergambar kenangan sekeluarga di hadapan Retanata Homestay, Bandung



Alhamdulillah ..... sampai juga ke Bandung, Jakarta akhrinya... (26 - 29 Nov. 2012)

Majlis Ringkas Meraikan Pemain Bola Putra United, Semenyih





Majlis ringkas Hari Jadi untuk pemain bola sepak pasukan Putra United, Semenyih yang menyambut hari lahir dari bulan Ogos - Disember 2012 pada 25 November 2012.

Majlis Ringkas Hari Jadi Anak - Muhd Firdaus ke-20 pada 26 Nov. 2012

 Cheese Cake with fresh cream & Edible Image



Selamat Hari Jadi, Happy Birthday untuk anak sulong rina - Muhd Firdaus yang ke-20 pada 26 Nov. 2012. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa dan Selamat Berbahagia di samping isteri dan anak ..... Amin

Jumaat, 16 November 2012

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

Bahan-bahannya
(guna loyang 6" x 6")

300 gram tepung gandum
60 gram gula halus                
3 biji telur A
200 gram mentega
250 gram buah-buahan campuran
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat
1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-caranya:

*Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
*Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Tujuannya bagi mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu dikukus.
*Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
*Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga sebati.
*Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati.
*Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.
*Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
*Masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi sekata
*Masukkan gula hangus ke dalam bancuhan tadi.
*Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
*Masukkan adunan tadi ke dalam bekas dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. 

" SELAMAT MENCUBA "