Jumaat, 16 November 2012

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

Bahan-bahannya
(guna loyang 6" x 6")

300 gram tepung gandum
60 gram gula halus                
3 biji telur A
200 gram mentega
250 gram buah-buahan campuran
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat
1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-caranya:

*Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
*Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Tujuannya bagi mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu dikukus.
*Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
*Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga sebati.
*Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati.
*Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.
*Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
*Masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi sekata
*Masukkan gula hangus ke dalam bancuhan tadi.
*Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
*Masukkan adunan tadi ke dalam bekas dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. 

" SELAMAT MENCUBA "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan