Jumaat, 16 November 2012

REMPENYEK


Bahan-bahannya:

150gram tepung beras
150gram tepung jagung
1 sudu besar jintan manis dikisar halus
1 sudu besar jintan putih dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang kecil(merah)- dikisarSegenggam udang kering - dikisar
Segenggam ikan bilis - dikisar
Segenggam udang kering - dikisar
1 biji telur
200ml santan (rina guna santan dlm kotak je)
1 sudu teh garam atau secukup rasa 
1 cawan air atau ikut kecairan yang diperlukan
Minyak untuk menggoreng
Kacang tanah (untuk ditabur di atas rempenyek)
Ikan bilis tambahan (untuk ditabur di atas bancuhan rempenyek)

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan (rina blend je semua tu) kecuali kacang tanah & ikan bilis untuk hiasan.
Yang penting kacang tanah hendaklah dijemur atau dikeringkan menggunakan oven (agak2 jgn hangit ya)
Panaskan kuali, yang penting minyak kena banyak ya .....
Terpulang sama ada nak goreng ditepi kuali atau menggunakan acuan rempenyek.
Kalau nak goreng ditepi kuali pastikan kacang tanah dan ikan bilis dimasukkan ke dalam sudu sederhana besar dan curahkan ditepi kuali sambil dijirus dengan minyak panas. Bancuhan tadi akan masuk ke dalam kuali dengan sendirinya.
Kalau gunakan acuan lagi senang tapi lambat sikit. Yang penting pastikan acuan tu dipanaskan dahulu di dalam kuali yg berisi minyak panas. Letakkan kacang tanah & ikan bilis di atas bancuhan tadi...biarkan betul2 masak barulah diangkat.

SELAMAT MENCUBA!!!!


Khamis, 15 November 2012

Aktiviti Cuti Awal Muharam

Rempenyek ..... memang ranggup. Tak rugi mencuba...
"Memang  sedap... cuma kena tambahkan lagi gula hangus utk lebih lembab" tu complaint dari emak.... apa2pun SEDAP ...

Nak cuba....nanti rina tuliskan ya resepinya .....

Isnin, 12 November 2012

KEK COKLAT MOIST


Nie salah satu resepi yang biasa rina gunakan untuk Kek Coklat Moist. Kepada member2 yang sebelum nie yang nakkan resepi bolehlah gunakan resepi nie. Memang mudah. Kredit untuk Pn Badariah....


KEK COKLAT
(sumber : Puan Badariah Ibrahim @ ResepiNet)

Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cawan air panas

Cara-caranya:
Satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Adunan siap sedia dikukus. Kukus selama 1 jam.
Balut tudung pengukus & kukus dengan api yg sederhana kecil...

Untuk Topping :
2 sudu majerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu pekat
- Masak secara double boiler / biarkan sebentar & Curahkan atas kek

SELAMAT MENCUBA ....

MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD



MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD
(dari blog Azlita Aziz)

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayak.
Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul.
Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi. Kacau rata hingga sebati.
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin.
Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata. Kemudian tapis.
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit

Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.
Biarkan hingga permukaannya kering dan  lapisan bawahnya kuning keemasan
Tak perlu di balikkan
Terus angkat
*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik
  Setiap lapisan 1 helai plastik
  Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
  Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.

Sekarang kita sediakan pula lapisan dasar mille Crepe.
Untuk lapisan dasar ni rina gunakan resepi asas kek span vanilla seperti mana yang disaran oleh Pn Azlita. Jika tak nak lapisan dasar pun boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Untuk membuat kek dasar anda hanya perlukan 1/2 sahaja daripada resepi di bawah. Terpulang samaada nak buat satu adunan atau 1/2 adunan kerana kita hanya akan gunakan satu lapisan kek span yang nipis sahaja.

KEK SPAN VANILLA

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm susu tepung
70 gm butter dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama susu tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
Bila dah sejuk potong kek kepada 2 lapisan

Untuk resepi ni kita hanya gunakan 1 lapisan kek sahaja
Bila dah siap ketepikan kek dan crepe.
Sekarang kita nak mulakan pula proses untuk membuat filling dia pulak!

Untuk resepi filling ni, ia memerlukan custard dan whipping cream.  Mula-mula kita kena sediakan custard dahulu. 

VANILLA CREAM CUSTARD

200 ml whipping cream (rina letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru)
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas dapur.  Hari ni ita tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.
 
Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
Kalau gunakan microwave panaskan susu selama 3 minit.

Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave  dan tambahkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.

Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan  kacau hingga ia meletup-letup.

Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau rata kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5 minit lagi

Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla
Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin

Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas.
Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan whipping cream.

Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.

Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali dan terus putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk melapis crep kita ni. Apalagi jom kita mulakan.

Mula-mula, kita potong dahulu kek kita kepada 2 keping.
Ambil sekeping dan letakkan atas lapik kek.
Kemudian ita sapukan permukaan kek dengan perahan jus lemon yang di campur sedikit air.
Tujuannya untuk melembabkan kek dan mengelakkan cebisan kek melekat pada cream.
Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas kek dan ratakan.
Ita suka masukkan cream dalam piping bag dan paipkan atas kek, ianya lebih mudah dan ringkas.
Kemudian kita letakkan sekeping crepe kita tadi
Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata
Kita letakkan lagi sekali cream custard
Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi.
Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras
* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak kering
Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masing-masing.

SELAMAT MENCUBA...

Majlis Hari Jadi Ringkas Untuk Suamiku...8 November 2012

 Selamat Hari Jadi Ke-43 he3.... Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki khas untuk suamiku tercinta....tersayang...kaulah segala-galanya....I Love You .... umphhhhh
(bergambar kenangan bersama anak2 dan cucu)

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard

Kek nie khas untuk suamiku... Puas memikirkan kek apa yang hendak diraikan at last terjumpa kek nie dari blog Azlita Aziz. Rasnya memang lazat terutama krimnya. Lapisan tu kalau orang melayu kata lempeng je .... he3. Kalau nak cuba apa salahnya. Nanti rina copy paste dari blog beliau. Apa2pun kredit diberi kepada resepi Azlita Aziz nie ... memang sedap.

 Untuk menyerikan lagi kek, rina hias dengan buah anggur dan stawberry...

 Selain kek, rina siapkan juga beberapa hidangan untuk dijamah. Al-maklumlah celebrate waktu malam.... Nasi mesti tak tinggal....
Untuk menyerikan lagi kek, rina letak muffin coklat di sekeliling kek. Tujuanya untuk cucuk lilin ....

 Ikan Siakap Kukus ..... nie favourite En. Suami  dan anak2.....
 Untuk lauk berkuah...rina masak tomyam campur ... ada udang, daging .... ayam...
 Daging goreng cili api ...... lauk nie memang favourite En Suami dan anak kedua - Si Fairus tu....Pedas...memang tak terhingga. Kalau tak tahan boleh ke bilik air je...
 Nielah bentuk ke tu selepas dipotong..... lapisan kek tertebal. Bukan apa sebab sayang nak potong 1/2 tu terus letak je...
 Muffin Coklat dengan coklat chip & kacang..
 Kek Tart ... Sebenarnya dah lama mencari resepi tart nie. Akhirnya terjumpa....Alhamdulillah menjadi....
 Nie kek tart yang sama cuma deco sikit kat atasnya sebab yg first tu nampak botak je...
Bentuk dan rupa kek tart. Dalam tu rina letakkan jem nenas buatan sendiri hasil tunjuk ajar dari ibuku Pn Hj Alimah bt Haji Belaji... Terima kasih mak....

Isnin, 29 Oktober 2012

Kek Karamel

Tempahan dari member di MOF - Pn Ayu - 25 Oktober 2012. Terima kasih Ayu ...

Isnin, 22 Oktober 2012

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan


Minggu nie agak free sikit jadi hati nie teringin sangat nak buat tart nenas bentuk buah-buahan. Berbekalkan resepi yang diperolehi dari internet, rina telah mencuba dan dibantu oleh anak-anak. Jem tart nenas guna resepi emak .. alhamdulilla menjadi cuma ada cacat sikit ... merekah. Nampak gayanya kena mencuba lagi dan mencari punca retak ... Tart bentuk buah-buahan nie memang sesuai untuk hantaran ...