Rabu, 3 Disember 2014

Dinner Celebrate our 24th Anniversary

Untuk celebrate ulang tahun perkahwinan kali nie secara diam2 rina telah booking di Flora Cafe yang bertempat di Ampang. Pihak Flora Cafe sediakan dua pakej. Memandangkan hubby memang suka makan makanan kampung jadi terpaksalah aku mengalah....malam nie diet rina dah lari. Sejak bulan 5 tak sentuh nasi...malam nie terpaksa demi my hubby... Klau bagi rate memang the best!!! Asam pedas ikan jenahak sedap sungguh....

Lepas makan nasi, kami dihidang dengan bubur pulut hitam dan terakhir kek..

Sebelum beredar ... sempat bergambar. Pihak Flora Cafe pun memang dah ada jurucamera sendiri. Apa lagi berpossinglah...






Selasa, 2 Disember 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-24

 1 Disember 2014...genap 24 tahun usia perkahwinan kita.. alhamdulillah walaupun pelbagai rintangan yang mendatang kita hadapi dengan penuh kesabaran dan bijaksana...dan dengan tahap kesabaran itu juga kita dapat bersama sehingga ke hari ini...love you forever..muah!muah ....


Ahad, 30 November 2014

Tart Buah dengan Cream Cheese

Tempahan dari Cik Wina. Terima kasih daun keladi (30 Nov 2014)
 
Free...saje bagi untuk makan-makan... rasalah ya...
 

Rabu, 26 November 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-22

Selamat Hari Lahir Yang Ke-22 anakanda Muhammad Firdaus. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa gembira di samping isteri...anak2...keluarga. Jadilah insan yang lebih matang...

Cream Puff

Alhamdulillah menjadi jugak cream puff..... resepi beli secara online Bzee...

Feedback!!!
Alhamdulillah.... berminat sila sms 0126394540..



Tempahan dibuka untuk Roti Sarang Lebah...

Ingin mencuba...meh calling2.... 0126394540...

Feedback!!!!


Roti...roti...

Tempahan pertama selepas hadir Kelas Roti Pn Noriah...26 Nov 2014

Roti!!!Roti....

Percubaan pertama kali selepas hadir Kelas Puan Noriah. Alhamdulillah....

Majlis sebelum bermulanya cuti sekolah....



Isnin, 17 November 2014

Kelas Roti Puan Noriah 16 Nov 2014

Alhamdulillah akhirnya dapar jugak berguru dengan Puan Noriah. Resepi roti ala cekodok. Hasil yang sangat memuaskan.

Isnin, 10 November 2014

Selamat Hari Ulang Tahun...to my lovely hubby

Happy Birthday to my hubby 8 Nov. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa heppy disamping keluarga...In sya Allah ayang akan sentiasa berada disamping darling walau apapun terjadi..... I'll support you... don't worry.... Yang pasti yang lepas biarkan ianya berlalu pergi..yang pasti hari mendatang akan ditempoh bersama...
 
Victoria Sandwich Cake special homemade from me to my lovely hubby... Luv U ever n ever...

Celebrate Lunch for Cik Fazilah 31 Okt 2014



31 Okt 2014 Kami sepakat celebrate lunch utk Cik Fazilah di KLIA2. Disebabkan kita org nak celebrate Ila..dengan berbesar hati kami minta Ila sendiri yg pilih tempat...nah!! Ke KLIA2 kita... parking special coz Pn Azie secretary to MD pun ade jadi dgn pertolongannya dapatlah parking tak berbayar...Driver!!!biasalah kali nie rina jadi supir..

Isnin, 27 Oktober 2014

Red Velvet Cake

Alhamdulillah. Tempahan dari kawan hubby 27 Okt 2014 - Red Velvet Cake with Cream Cheese and Fresh Cream...

Selasa, 14 Oktober 2014

Ber'grooming'.............

Alhamdulillah...tambah satu lagi kursus/seminar/workshop untuk tahun nie. Keseluruhan workshop kira oklah cuma rasa tak puas hati bila rina cuba tanyakan beberapa soalan kepada salah seorang ahli panel ... jawapan yang diberikan acuh tak acuh. Rina rasa kalau betul2 nak beri ilmu berilah seikhlasnya. Tak perlu nak lari soalan... konon2 sibuk... hampeh!!!! 


At last cik google juga yang dapat membantu

Cara saintifik untuk menentukan bentuk wajah



Untuk mengetahui bentuk wajah anda, sila ukur menggunakan pita pengukur atau pembaris. Catat ukuran tersebut.
  1. Ukur lebar dahi anda (kanan ke kiri, ambil ukuran paling lebar). Biasanya titik terlebar pada wajah adalah di antara bulu kening dan garis anak rambut anda. 
  2. Ukur wajah anda di bahagian atas tulang pipi anda (lebar tulang pipi). 
  3. Ukur pada garis rahang (kanan ke kiri, ambil ukuran paling lebar). 
  4. Ukur panjang dari garisan anak rambut anda ke bahagian bawah dagu anda.

Bentuk Wajah dan Ciri-ciri umum



Muka Bentuk Bujur (Oval Face) 
Panjang sama dengan satu setengah kali lebar (Contoh: panjang 18 cm, lebar 12 cm).

Muka Bentuk Panjang (Long Face) 
Panjang lebih daripada lebar. (Contoh: panjang 16 cm, lebar 12 cm)

 

Muka Bentuk Bulat (Round Face) 
Lebar dan panjang muka sama (Contoh: panjang 15 cm, lebar 15 cm).

Muka Bentuk Hati (Heart Face)  
Bentuk wajah sempit pada garis rahang, lebar di dahi dan tulang pipi.


Muka Bentuk Petak (Square Face) 
Dahi, garis rahang dan tulang pipi yang hampir sama lebar.


Muka Bentuk Permata (Diamond Face)  
Pipi luas, dahi dan garis rahang yang sempit.

Muka Bujur Sireh 
Bentuk yang sangat ideal. Kawasan di bahagian pipi lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi. Tulang pipi lebih tinggi/menonjol.


Muka Bentuk Segitiga (Triangle Face)
 Ukuran lebar dahi yang kecil. Kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas


Rabu, 8 Oktober 2014

Talam Pelangi ...

My first customer for Talam Pelangi. TQ Azie coz sudi menempahnya dari Rina 4 Oktober 2014. Feedback yang diterima membuatkan hati nie gumbira sangat ...

My daughter - Nurfarisya Sofea

Darah seni ,,, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Good job Syasya ..... 

Kelas Roti Online 1 Oktober 2014

Alhamdulillah akhirnya Pn Noriah seorang pengusaha roti dan donut sudi berkongsi resepi roti yang boleh dipelbagaikan dengan modal yang ekonomi dan hasilnya sangat memuaskan. Jenuh jugak memujuk. Macam2 cara nak lembutkan hati Kak Noriah nie .... akhirnya dapat juga. Segan bila dapat resepi free jadi untuk dijadikan kenangan rina belikanlah sepasang baju JUBAH coklat yang harganya yang berpatutan sebagai kenang-kenangan ,,,,

Zoo Negara

Melayan karenah anak2 dan cucu-cucu. Mengambil kesempatan sempena Cuti Hari Malaysia pada 16 September 2014. Suka sangat bila melihat telatah anak2 dan cucu2 bila melihat binatang2 di Zoo Negara

Kelas Talam 13 September 2014

Menimba ilmu dengan menghadiri Kelas Talam bersama Sifu Zuraini, Kajang pada 13 Sept 2014. Disebabkan my hubby suka sangat talam jadi setelah membelek2 blog dan internet akhirnya memanjangkan langkah menghadiri Kelas Talam beliau ... selain untuk hubby, untuk keluarga boleh juga menambah pendapatan.

Maruku ....


Sebenarnya dah lama tak ambil tempahan... tetapi bila ada yang request rina gagahi juga. Kata orang rezeki jangan ditolak. Rezepi sempena Hari Raya Aidiladha ..30 Sept 2014

Bengkel Makeup Sendayu Tinggi

Menambah ilmu yang sedia ada dengan menghadiri Kelas/Bengkel Makeup Sendayu Tinggi Bersama Yati di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 6 September 2014.

Cameron Highlands

30 Ogos 2014 - 1 Sept 2014 - Sempena Cuti Sekolah mengambil kesempatan membawa anak2 bercuti ke Cameron Highland. Merehatkan minda ..