Selasa, 29 April 2014

Roti Sarang Lebah


Teruja dengan rakan2 yang sibuk dengan menu terbaru ROTI SARANG LEBAH akhirnya menggagahkan diri membaking ... alhmadulillah dengan bantuan BreadMaker sedia ada menjadi rotiku ... Buat sekali tak puas akhirnya keesokkan pun buat lagi .... memang tidak puas dengan strukturnya yang lembut ditambah dengan sauce yang sedap. Anak mention rasa macam sos AuntieAnne's Pretzel 

Untuk yang ingin mencuba, bolehlah guna resepi yang rina buat nie. Mesti jadi .. kalau tak jadi tu tak tau nak cakap ape....


ROTI SARANG LEBAH

DOH
Bahan-bahannya:-

2 cawan tepung gandum * rina guna tepung roti
1/2 sudu teh dry yeast * rina guna yis maurippan

1/4 sudu teh garam

½ sudu teh baking powder

1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *rina ganti dengan buttermilk (240 ml + 1 sudu besar cukai biarkan 10minit) lepas tu ambil sukatan 1/4 cawan sahaja ade sesetengan tu guna bancuhan susu tepung, caranya, mula2 ikutlah sukatan susu tepung .. 200ml air + 3 sudu besar susu.. pastu ambik 1/4 cawan air susu tu untuk gantikan plain yogurt.. 
¼ cawan minyak sun flower or minyak masak apa2 pun boleh
1/2 cawan air suam +-

Bahan taburan:
**Almond flakes, pumpkin seeds, bijan hitam  

Sos:
Butterscoth Sauce

Bahan-bahannya:-
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream (rina guna susu cair je)
1/2 sudu teh esen vanilla
25 gm butter/mentega

Cara-cara untuk buat DOH
Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang TAK di ON (rina panaskan oven agak2 panak off kan ....)
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya

*Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.Buat sampai habis. 
Memang doh lembik tapi jangan risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda)
Make sure oven panas sesangat baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah (rina masak guna api atas bawah dlm 15 minit masaklah roti tu)

Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.

Kalau menggunakan BREADMAKER hanya masukkan semua adunan doh dimulaikan dengan air barulah adunan tepung... tekan DOUGH dan mesin akan menguli kalau tak silap rina  dalam 1 jam 30 siap... Lepas tu bolehlah guna step seterusnya seperti bertanda * di atas.

Cara-cara untuk buat Butterscoth Sauce:-
1.  Cairkan butter/mentega, lepas tu masukkan brown sugar, kacau sehingga gulanya cair dan berbuih.
2.  Tuangkan whipping cream/susu cair perlahan sambil tangan terus mengacau supaya tidak hangus. 
3.  Masukkan vanila ... kacau sebati 
4.  Jika tercair boleh tambah tepung jagung untuk memekatkannya.

SELAMAT MENCUBA!!!! Rasa sekali nak lagi coz tak puas ...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan