Jumaat, 10 Januari 2014

Makan Ikan Bakar di Pantai Bagan Lalang..... 9 Januari 2014

 Kalau kepingin makan ikan bakar bolehlah berkunjung ke Restoran Senandung. Tempatnya betul2 di depan pantai Bagan Lalang.

 Ada pelbagai jenis ikan ... ada sotong, kerang, ketam dan banyak lagi..

 
 He3... tak sempat nak snap sebelum dimakan. Bila dah selesai baru perasan lupa pulak nak ambil gambar hidangan yang dihidangkan tadi ...



Memandangkan semuanya free jadi rina sekeluarga mengambil kesempatan untuk celebrate Hari Jadi emak dengan ikan bakar.... Arah tuju malam tu Ikan Bakar Bagan Lalang. Lepas je solat Magrib kami mula berangkat. Tapi nak dijadikan cerita, jalan yang dekat menjadi jauh angkara penunjuk arah yang bagi info tak betul. Tapi alhamdulillah akhirnya sampai juga di sana lebih kurang jam 10.00 malam. Perut??? jangan cakaplah dah bernyanyi ... berdondang... matapun dah mengantuk sesangat. Tapi nasib baik servis dia cepat .... Makan tak tengok kiri kanan .... Apa2pun terima kasih bonda tersayang - Hjh Alimah. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik, memanjangkan umur, dimurahkan rezeki sentiasa. Jasa dan pengorbanan mu akan ku kenang sehingga akhir hayat. Love you....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan