Selasa, 7 Januari 2014

Melancong ke Bandung lagi ...... 8 - 12 Disember 2013


Tahun ini adalah tahun ke-2, kami melancong ke Bandung. Sebelum terbang, kami sempat makan sekadar mengalas perut di McD, LCCT.  Disebabkan rina staff MAHB dapatkan diskaun sikit.
Nasib kurang baik coz flight delay dalam 1/2 jam gitu. Kami sampai di Bandung lebih kurang jam 12.30 pagi. Tempat penginapan seperti tahun lalu di Homestay Retanata, Bandung. 

Nasib kurang baik sampai je di Airport Bandung... driver yang ditunggu2 tak tiba. Nak call masalah pulak dengan line coz tak buat roaming awal2. At last terpaksa gunakan pak super yang baik hati sanggup menghantar sehingga ke homestay.

Hari Pertama
 
Me & my hubby bergambar berlatarbelakangkan Homestay Retanata.
 Tempat kami bersarapan setiap pagi .... Homestay Retanata

Halatuju kami hari pertama adalah di beberapa gedung pakaian & perfume ..
TOKO TIGA (pilihan hubby coz dia memang berhajat untuk menambah collection seluar jean brand LEVI'S.

 
 
 
 

 
Tenghari perutpun dah berbunyi. Pak super membawa kami sekeluarga untuk menjamu selera di Simpang Raya. Alhamdulillah lauk-pauk yang dihidangkan menyelerakan...

Hari Kedua 
Selepas je sarapan pagi kami terus ke Kawah Putih




  Bergambar kenangan bersama pemain alat muzik di Kawah Putih.

Dalam perjalan balik kami berhenti seketika untuk bergambar kenangan di ladang teh, Bandung.

Makan tengahari, kami singgah di salah sebuah tempat yang berdekatan. Memang menyelerakan. Harga??? boleh tahan jugak..





Sebelum balik ke Homestay kami sempat singgal di Rumah Kain
 

 
Rambang mata ooooo ..... at last cuma ambil telekong je...

Hari Ketiga
Sebelah pagi kami pergi ke Pasar Baru, Bandung

Membeli-belah apa yang patut...
Sempat ke Toko Acuan mencari acuan lidah kucing. Alhamdulillah dapat tapi bila balik ala mak tak sama saiz pulak ...

Hajat dihati konon nak cari Tabita Set tapi katanya di Bandung telah diharamkan. Cuma orang Malaysia tidak tahu.. jadi terpaksalah beli set pencuci yang lain atas pujuk rayu si Nyoya manis..
Malam Terakhir di Bandung.

 Dinner di atas Bukit Bandung .... boleh nampak satu Bandar Bandung ..

Hari Ke-Empat 
Flight balik agak awal jam 8.00 pagi. Jadi awal2 pagi lagi dah bangun takut terlambat.



Alhamdulillah selamat sampai ke MALAYSIA. Kat airport anak dan cucu dah menunggu. Tahun 2014 tak pasti lagi akan ke Bandung lagi or tidak. Mungkin cari destinasi baru mungkin KOREA or kerjakan UMRAH... tengok bajet....



1 ulasan:

  1. Salam sejahtera...
    Ikut promo jika nak melancong di Bandung kami sediakan package dengan harga murah, utk lebih jelas sila tengok website kami :
    http://www.davintour.com

    Terima Kasih.

    BalasPadam